Saturday, March 5, 2011

RUPA-RUPANYA PKR, DAP, PAS PAKATAN HARAM??? ADUH!! ADUH!!!



Selama ini rakyat dan penyokong telah tertipu yang mana Pakatan Pembangkang @ Pakatan Rakyat adalah Pakatan Haram. Betul ke? Kenapa boleh jadi begini?

Ketika Pakatan Haram ini sibuk berceramah di DUN Kerdau dan DUN Merlimau serta beberapa Pilihan Raya Kecil sebelum ini, rupa-rupanya Pakatan Haram ini belum lagi mendaftar sebagai sebuah pakatan. Sewajarnya PKR, DAP, PAS tidak layak atau lebih mudah tidak sesuai menggunakan nama Pakatan.

Difahamkan sehingga kini, Pakatan Haram ini tidak pernah melantik sesiapa di kalangan mereka untuk menjadi ketua Pakatan Haram. Yang diingatkan, hanya Anwar Ibrahim sahaja sebelum ini melantik dirinya sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat. Diberitakan juga PAS tidak bersetuju melantik Anwar sebagai Ketua Pakatan Haram atas sebab moralnya yang tidak menjamin tempatnya dalam mengetuai Pakatan Haram. Manakala, DAP takut moral liwat Anwar akan berjangkit kepada mereka.


Tidak seperti BN yang setiap kompenannya yang bertanding hanya membawa satu lambang dacing sebagai simbol mereka dalam mana-mana pilihan raya sejak dahulu lagi. Manakala, Pakatan Haram masing-masing membawa lambang sendiri seperti bulan, roket dan bulan sabit (masing-masing nak terbang ke atas langit).

Desakan supaya menyuruh Pakatan Haram ini berdaftar sebagai sebuah Pakatan berikutan tindakan Pakatan Haram yang memasukkan lambang PKR dan DAP yang tidak bertanding pada PRK Kerdau dan Merlimau. Jika mahu juga meletakkan lambang PKR dan DAP, suruhlah calon PKR dan DAP juga bertanding.

Seandainya Pakatan Haram ini masih gagal mendaftarkan diri mereka sebagai sebuah Pakatan, usah berkrompomi sebaliknya kenakan tindakan tegas kepada mereka bahawa undang-undang tidak mudah untuk diperlekehkan. Lihat sahaja Pakatan Haram kebanyakan mereka ini terdiri daripada peguam dan mudah sahaja mereka memperlekehkan undang-undang seperti yang dapat dilihat dalam kes liwat Anwar dan kes terjun diri Beng Hock.

Justeru, PKR, DAP dan PAS perlu segera melantik seorang bagi mengetaui Pakatan sebelum kumpulan ini terus menjadi Pakatan Haram. Jika sukar untuk bergabung dan melantik ketua, berdirilah dengan lambang sendiri.

Pakatan Rakyat = PAKATAN HARAM???

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger