Friday, March 11, 2011

SIAPA ‘LELAKI Y’? ANWAR IBRAHIM ATAU DSAI???



Konflik kes liwat yang membabitkan Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan selama beberapa tahun ini dijangka sampai ke klimaksnya tidak berapa lama lagi. Ini berikutan ‘lelaki Y’ yang dicetuskan saksi penting pendakwaan yang menimbulkan persoalan, Siapakah lelaki Y?

Setelah hampir beberapa tahun kes liwat ini tertangguh dan ditangguhkan berikutan tarik tali antara mahkamah dan Anwar Ibrahim yang berpanjangan. Dan, kini Siapakah lelaki Y ini akan terbukti tidak lama lagi apabila “Pihak pendakwaan memohon mahkamah untuk mengarahkan Anwar Ibrahim yang juga merangkap Ketua Pakatan Pembangkang untuk memberikan sampel darah bagi dijalankan ujian profil DNA untuk menentukan DNA siapa yang ditemui di saluran dubur (rektum) Mohd Saiful Bukhari Azlan."

Kronologi bukti DNA yang sebelum ini diperolehi secara tidak sah menurut penguambela Anwar setelah perbuatan mengunapakai DNA yang diperolehi semasa Anwar Ibrahim di penjara. Kenapakah DNA sebelum ini yang diambil daripada tertuduh yang sama tidak sah untuk digunakan dalam kes liwat ini hanya kerana kesalahan teknikal? Jika kesalahan ini digunapakai, pastinya Anwar Ibrahim akan terlepas daripada menerima hukuman.

Tapi, sejauh mana Anwar Ibrahim akan terlepas selepas pendakwaraya meminta mahkamah mengarahkan Anwar Ibrahim memberikan sampel untuk diujikaji DNAnya. Apakah alasan lain Anwar Ibrahim selepas ini dalam mengelak DNAnya diambil?


Sekiranya Anwar Ibrahim tidak melakukan liwat itu dan mendakwa Saiful Bukhari sengaja untuk melibatkannya, Anwar Ibrahim perlu segera bersetuju dan membenarkan ujian DNA dibuat ke atasnya.

Anwar Ibrahim tidak perlu berdolak dalih lagi dalam melaksanakan arahan mahkamah. Sekiranya Anwar Ibrahim menolak, bermakna Anwar Ibrahim menghina mahkamah. Menghina mahkamah sama maknanya dengan mengaku salah.


Allah swt sentiasa berada kepada hambanya yang bersikap sabar. Inilah yang dihadapi Saiful Bukhari selama kes liwatnya didengar di mahkamah. Allah swt maha adil apabila perbuatan Anwar Ibrahim melengah-lengahkan kes liwatnya dengan harapan untuk memusingkan bukti telah memakan dirinya sendiri.

Kini, Anwar Ibrahim bukan sahaja resah dan gelisah malah berkira-kira menunggu mahkamah menjatuhkan hukuman ke atasnya. Di pihak Saiful Bukhari, keputusan mahkamah itu nanti pastinya akan memberi sejuta kelegaan dan kepuasaan kepadanya demi menegakkan kebenaran dan hak Saiful Bukhari sebagai seorang insan.  

2 komen:

  1. Salam Perjuangan.

    Blog ini sudah saya link.
    Teruslah berjuang.

    http://penditakainsingkat.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Salam dari semenanjung,

    Blog saudara sudah dipautkan..

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger