Wednesday, March 23, 2011

SNAP UMUM 11 LAGI CALON, PKR PULA SEMAKIN ANGKUH



SNAP telah mengotakan janji-janjinya apabila telah mengumumkan 11 lagi calon untuk bertanding pada Pilihan Raya DUN Sarawak di Ibu Pejabat SNAP.

Calon-calon SNAP terdiri daripada Ateng Jeros di kerusi N.17 Tarat; Anthony Nais (N.18 Tebedu); Ivanhoe Anthony Belon (N.26 Bukit Begunan); Bakin Umpa (N.42 Meluan); Alexius Douglas (N.43 Ngemah); Munan John Andrew (N.52 Tamin); Adang Jirau (N.53 Kakus); Douglas Alau (N.54 Pelagus); Toh Heng San (N.55 Katibas); Rosnah Mohamad (N.58 Jepak) dan Lawrence Cosmas Sundang di kerusi N.69 Batu Danau.

Pengumuman ini membuktikan SNAP sangat beriya-iya untuk menentang bekas rakannya dalam Pakatan Pembangkang. Sebelum ini, SNAP telah mengumumkan 16 calon dan diikuti 11 lagi calon yang menjadikan kesemuanya 27 calon. Sebelum ini, SNAP menyatakan minatnya untuk mengetengahkan seramai 40 orang calon.

Berasaskan kepada situasi ini, SNAP hanya perlu mengumumkan 12 lagi calon yang akan diketengahkan bagi mencukupkan 40 calon.

Bercakap kepada sidang media, Baru Bian menjelaskan PKR tidak gentar dengan pengumuman SNAP yang mengetengahkan 40 orang calon. Malah, PKR menganggap SNAP sebagai calon terbuang atau kitar semula yang cuba meraih kembali sokongan yang telah lama hilang.

SNAP menegaskan bahawa tujuan mereka meletakkan calon yang ramai khususnya di kawasan majoriti Dayak adalah untuk mendapatkan sokongan masyarakat Dayak bagi memberikan laluan kepada pemimpin Dayak memerintah Sarawak.

Baru Bian tidak menolak bahawa perbincangan PKR dan SNAP sebelum ini mencapai jalan buntu ekoran keengganan SNAP untuk berkrompomi dengan PKR dalam pembahagian kawasan DUN yang ditandingi.

Mengulas mengenai perbincangan PKR dan SNAP yang dijadualkan Khamis ini seperti dimaklumkan Azmin Ali, Baru Bian menegaskan hubungan kedua-dua parti itu tidak dapat diselamatkan lagi.

Dalam usaha menyelamatkan hubungan PKR dan SNAP, Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR dilihat sanggup berkrompomi bagi memberikan beberapa kawasan DUN Sarawak kepada SNAP. Bagaimanapun, Baru Bian enggan mengikut telunjuk Azmin Ali yang dilihat cuba untuk menjadi hero bagi menyelamatkan hubungan PKR dan SNAP.

Pada asasnya, PKR mahukan rakan-rakan Pakatan Pembangkang untuk saling mempercayai dalam usaha mewujudkan pertandingan satu lawan satu dengan BN. Namun, keengganan SNAP untuk berkrompomi dengan PKR telah membuatkan kemelut Pakatan Pembangkang semakin meruncing sehingga membuatkan SNAP keluar Pakatan.

Menjelang hari penamaan calon yang dijadualkan 6 April 2011 dan diikuti hari pengundian pada 16 April 2011, keretakan hubungan SNAP dan PKR tidak dapat diselamatkan lagi. Pastinya keretakan Pakatan Pembangkang memberikan kelebihan kepada BN untuk memenangi Pilihan Raya DUN Sarawak dengan lebih majoriti dua pertiga. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger