Wednesday, March 30, 2011

UNDANG-UNDANG DI KEPALA LUTUT ANWAR IBRAHIM


Kepala Lutut Anwar Ibrahim

Belum pun Pilihan Raya DUN Sarawak diadakan apatah lagi penamaan calon yang dijadualkan 6 April 2011, Anwar Ibrahim telah memulakan serangan dalam ceramah tanpa permitnya yang berpusat di sebuah kedai makan Jalan Ban Hock, Kuching.

Anwar Ibrahim mengambil kesempatan ini di atas kesibukan SPR membuat persediaan menghadapi Pilihan Raya DUN Sarawak.

Seperti biasa, undang-undang di Malaysia semacam berada di kepala lutut Anwar Ibrahim sehingga sanggup menidakkan peranan dan fungsi undang-undang di Malaysia. Atas sebab itu, Anwar Ibrahim sewenang-wenangnya melanggar undang-undang.

Situasi ini sebernanya yang dirancang Anwar Ibrahim dan Pakatan Pembangkang bagi membuat isu kononnya undang-undang di Malaysia hanya menyelebihi BN dan pencetus kepada ketidakadilan pihak polis. Isu polis yang dipolitikkan telah lama dibuat Pakatan Pembangkang sehingga menyebabkan rakyat memandang rendah terhadap keupayaan polis.

Bagaimanapun, isu itu telah berjaya diselesaikan melalui pendekatan NKRA, KPI dan GTP bagi memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa polis telus dalam melaksanakan tugasnya.

Dalam pada itu, perbuatan Anwar Ibrahim yang mengadakan ceramah tanpa permit di Jalan Ban Hock menyebabkan polis terpaksa meleraikan perhimpunan yang dianjurkan PKR. Walau bagaimanapun, atas budi bicara polis, Anwar Ibrahim hanya dibenarkan berucap sekejap sahaja.

Anwar Ibrahim datang ke Sarawak pada malam tadi bagi mengumumkan calon-calon PKR yang akan bertanding dalam Pilihan Raya DUN Sarawak. Anwar Ibrahim dijangka akan mengumumkan calon-calon PKR pada hari ini walaupun krisis PKR, SNAP dan DAP belum selesaikan lagi.

Ada kemungkinan PKR akan mengumumkan terus 52 calonnya yang akan bertanding dalam Pilihan Raya DUN Sarawak tanpa memperdulikan SNAP dan DAP yang diibarat sebagai menganggu perancangan PKR untuk merampas Sarawak daripada BN. Bahkan PKR berkeyakinan tinggi untuk menang dua pertiga berasaskan kewibawaan Anwar Ibrahim sebagai pemimpin ‘bersih’ dan disegani.

Apa pun kita akan tunggu pengumuman Raja Liwat itu bagi menentukan menang kalah PKR dan Pakatan Pembangkang dalam Pilihan Raya DUN Sarawak nanti. 

1 komen:

  1. Wahai orang Sarawak, mari kita sambut bakal Perdana Menteri kita Datuk Seri Haji Anwar bin Dato' Haji Ibrahim bila-bila masa dia mai lagi ke Sarawak masa PRN10 ni...

    kita sambut kita tunggu ramai-ramai kat Kuching Airport bawa spandok minta dia sumpah laknat yang dia tak buat sodomi kat Saiful dan tak jadi hero actor dalam video pornografi terbaru tu. Jangan lupa minta jugak dia serah DNA kepada mahkamah untuk buktikan dia tidak buat LIWAT kat JUBOR Saiful...

    Selain tu mari kita memeriahkan ceramah-ceramah anjuran PR yang mana bakal PM kita hadir dengan spandok dan bunting tadi biar meriah dan bersemarak ceramah beliau itu... Haaaa...macam mana cadangan saya ni? OK tak orang Kuching????

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger