Monday, April 18, 2011

BN CEMERLANG, TAHNIAH DAP, TAKZIAH PKR DAN PAS



BN berjaya mengekalkan majoriti 2/3 dalam Pilihan Raya DUN Sarawak 2011. Bagaimanapun, seperti diduga BN telah kehilangan beberapa kerusi akibat daripada penangan DAP. Kemenangan DAP membolehkan SUPP kompenan BN yang diwakili kaum Cina kalah teruk apabila kehilangan 9 kerusi termasuk DUN Piasau yang ditandingi Presiden SUPP, Tan Sri Dr George Chan. Dalam pada itu 2 kerusi DUN di Kuching juga berjaya dikekalkan DAP manakala 2 lagi DUN berjaya dirampas DAP.

Di Miri, DAP juga berjaya memenangi 2 DUN antaranya DUN Piasau dan DUN Pujut, tetapi tewas di DUN Senadin. Sibu pula menyaksikan DAP berjaya mengekalkan DUN Bukit Assek dengan majoriti paling besar dalam Pilihan Raya DUN Sarawak 2011 dan memenangi DUN Pelawan yang sebelum ini dimenangi BN. DUN Kidurong satu-satunya dimenangi DAP di Bintulu. Secara keseluruhannya, DAP berjaya memenangi 12 DUN.

Apakah sebenarnya kehendak masyarakat Cina dalam Pilihan Raya DUN Sarawak 2011? Kenapa pula SUPP yang sebelum ini telah melakukan banyak transformasi juga mengalami kekalahan malah lebih teruk lagi pada pilihan raya kali ini? Kemenangan DAP juga secara langsung telah menidakkan suara masyarakat Cina dalam kerajaan!


PKR yang bertanding di kebanyakan kerusi DUN Sarawak setelah bertelingkah dengan SNAP sedikit terubat apabila berjaya meningkatkan jumlah kerusi. Pilihan Raya DUN Sarawak 2006, PKR hanya berjaya menempatkan diri dengan satu kerusi, tetapi kali ini berjaya menambah 2 bagi kerusi dengan menjadikannya sebanyak 3 kerusi. Kerusi-kerusi DUN yang dimenangi PKR ialah DUN Ba’kelalan, DUN Krian dan DUN Batu Lintang.

Dominique Ng yang menjadi mangsa percaturan DAP dan PKR juga mengalami kekalahan teruk di DUN Padungan. Sebelum ini, Dominique Ng merupakan calon PKR di DUN Padungan dan Pilihan Raya DUN Sarawak 2011 bertanding atas tiket Bebas. Bagaimanapun, kerusi DUN Batu Lintang berjaya dimenangi PKR dan percaturan pertukaran kerusi antara DAP dan PKR ternyata membuahkan hasil.


PKR yang bertanding di majoriti Melayu khususnya di kawasan Petra Jaya kalah teruk apabila kesemua calon PKR sama ada muda atau tua. Melihat kepada kempen PKR di kawasan Petra Jaya begitu dahsyat dengan setiap kali ceramah PKR ramai orang yang datang. Bagaimanapun, kebanyakan yang datang itu adalah para petugas PKR yang datangnya dari Semenanjung. Manakala, yang lain datang hanya sekadar mahu melihat wajah penceramah dan tidak kurang juga hanya mahu mendengar apa yang hendak diperkatakan. Secara asasnya, penceramah PKR banyak memberikan cerita yang berbantuk fitnah dan mengaibkan pemimpin BN. Tidak kurang juga sekadar untuk mahu membersihkan nama daripada dakwaan mahkamah berhubung kes liwat dan kes video lucah.

Kemenangan PKR di DUN Ba’kelalan yang ditandingi Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian memberikan sedikit ceria, juga kepada calon PKR di DUN Krian dan DUN Batu Lintang. Di sebalik kemenangan PKR, tiada seorang pun calon PKR yang berketurunan Melayu yang berjaya menempatkan diri dalam kelompok calon PKR yang menang. Calon yang disebut-sebut, Ahmad Nazib yang juga Ketua AMK Sarawak seimbas Anwar Ibrahim yang dikatakan calon popular untuk menang juga kalah teruk di tangan calon BN, Datuk Amat Abang Johari.


PAS yang sangat mengimpikan kerusi DUN Sarawak dalam usahanya menembusi dan mengembangkan syiar PAS ternyata tidak menemui cahaya itu apabila kalah di kelima-lima kerusi DUN. Kesemua mereka bukan sahaja kalah malah hilang wang deposit. Kekalahan PAS dalam Pilihan Raya DUN Sarawak membuktikan rakyat Sarawak menolak kepimpinan parti luar terutama PKR dan PAS. Penerimaan DAP di kalangan masyarakat Cina lebih bersifat perkauman dalam usaha mahukan kehendak dan kepentingan masyarakat Cina tercapai.

Pilihan Raya DUN Sarawak 2011 kali ini banyak yang telah dipelajari rakyat Sarawak terutama yang membabitkan kempen pilihan raya. Budaya kempen yang dibawa Pakatan Pembangkang ke Sarawak ternyata memberikan kejutan buat rakyat Sarawak. Budaya ganas dan budaya mencaci serta memfitnah yang dibawa Pakatan Pembangkang ternyata tidak dapat diterima rakyat Sarawak. Apa pun, rakyat Sarawak telah mempelajari semua ini dan pilihan raya akan datang pastinya rakyat Sarawak telah berfikiran matang

3 komen:

  1. TAHNIAH PAS MENDAPAT KENAIKAN JUMLAH UNDI DAN KEPERCAYAAN BUKAN ISLAM DI SAWARAK , MUDAH MUDAHAN BERTAMBAH LAH UNDI PAS PADA MASA HADAPAN.

    ReplyDelete
  2. Cemerlang kepala bapak kau!!! banyak kerusi hilang!!!majoriti pun beza sedikit aja. Kau tak buat perbandingan ke dengan pilihanraya lepas.Dasar penjilat bontot BN!!!

    ReplyDelete
  3. kah..kah..kesian bn...

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger