Monday, April 4, 2011

CALON BN-SUPP CALON PILIHAN RAKYAT



SUPP yang mengemukakan 7 muka baru dalam Pilihan Raya DUN Sarawak ke-10 ini dijangka akan memberikan tentangan sengit kepada DAP. DAP yang sebelum ini mengalahkan SUPP di beberapa buah kerusi DUN terutama di bahagian Kuching dijangka akan cuba terus mengekalkan kekuasaannya. Bagaimanapun, sebagai sebuah parti dalam kerajaan, SUPP tidak akan membiarkan DAP bermaharajalela untuk terus berkuasa.

Dalam menghadapi cabaran DAP, SUPP sudah menyediakan calon-calon yang berwibawa dan juga calon rakyat dengan menampilkan beberapa muka baru bagi mengembalikan kemenangan kepada BN. Selain memperkenalkan muka baru untuk marampas kerusi yang disandang DAP, SUPP juga berazam untuk terus memberikan perkhidmatan kepada masyarakat CIna di Sarawak terutama dalam meneruskan agenda pembangunan negeri ke arah Sarawak Maju 2030.

Walaupun kalah dalam Pilihan Raya DUN 2006, SUPP tetap meneruskan kerja-kerja turun padang bagi menyelesaikan masalah rakyat. Di samping itu, DAP yang menguasai beberapa kerusi di Kuching, Sibu dan Bintulu dilihat banyak mendesak kerajaan berbanding membuat kerja. Kebanyakan kawasan yang diwakili DAP sepanjang 2006 hingga 2011 hanya menikmati pembangunan hasil daripada usaha kerajaan. Kerajaan tidak sesekali menyisihkan kawasan yang diwakili pembangkang seperti mana yang diamalkan kerajaan sebelum ini.

“Kidurong telah dipegang oleh pembangkang sejak 10 tahun yang lalu dan penduduk di sana mula menyedari mereka memerlukan perubahan. Pihak pembangkang tidak menyuarakan masalah yang dihadapi rakyat kerana hanya bercakap kepada media.”

Dalam pengumuman calon yang dibuat Ketua Penerangan PBB, Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem, SUPP telah menampilkan 7 muka baru iaitu;

Sim Kiang Chiok di DUN Padungan
Prof Dr Sim Kui Hian di DUN Pending
Sih Hua Tong di DUN Batu Lintang
Ling Kie King di DUN Meradong
Chieng Buong Toon di Bukit Assek
Datuk Tiong Thai King di Dudong
Ling Kuong Meng di DUN Kidurong

1 komen:

  1. sy telah link kan blog tuan di blog sy..harap yuan dapat link kan blog sy di blog tuan tq

    tq

    http://malaydelima.blogspot.com/

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger