Thursday, April 7, 2011

CITA-CITA BESAR CALON PKR DUN TUPONG, BAHARUDIN MOKHSEN MEMAKAN DIRI SENDIRI



Lagak seperti samseng

Kempen pertama calon PKR di DUN Tupong telah memakan dirinya dan PKR apabila telah menyerlahkan kelemahan pentadbiran PKR di negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Pembangkang.

Isu yang dibawa calon PKR itu sebenarnya tidaklah berlaku di DUN Tupong dan Sarawak sahaja malah berlaku juga di negeri-negeri bawah Pakatan Pembangkang lebih-lebih lagi di Pulau Pinang dan Kelantan.  

Terdahulu, Baharudin mengakui akan pembangunan yang telah dibawa BN sepanjang pemerintahannya sebagai sebuah kerajaan negeri. Projek-projek pembangunan yang dibawa BN selama ini telah memberikan kemudahan kepada rakyat terutama kemudahan asas yang menjadi sangat penting dalam kehidupan masa kini.

Dalam pada itu, Baharudin juga membangkitkan kejayaan sistem Pakatan Pembangkang mengenai cekap, akauntabel dan telus (CAT). Menurutnya, negeri-negeri di bawah Pakatan Pembangkang seperti di Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan sangat berjaya dalam mengadaptasikan sistem CAT.

PKR, DAP dan PAS kini banyak membuat perbandingan mengenai kejayaan negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Pembangkang dengan Sarawak. Kejayaan BN dalam memajukan Sarawak sebenarnya telah dicemburi Pakatan Pembangkang yang cuba meneguk di air keruh. Ini terbukti selama BN memerintah dan membawa pembangunan di Sarawak, Pakatan Pembangkang cuba membanding Sarawak dengan Kelantan mahupun Pulau Pinang.

Apakah Kelantan itu sebesar Sarawak? Juga, apakah Sarawak itu kecil seperti Pulau Pinang? Bagaimana pula dengan bentuk muka buminya?

Rakyat Sarawak harus sedar bahawa pentadbiran Pakatan Pembangkang di negeri-negeri seperti Selangor dan Pulau Pinang telah memberi kesan yang negatif terhadap ekonomi. Apatah lagi ekonomi Kedah yang jatuh menjunam manakala Kelantan seperti sedia maklum acap kali mengalami defisit.

Justeru, kempen Pakatan Pembangkang di Sarawak banyak berkisar kepada syok sendiri terhadap negeri-negeri di bawah pentadbirannya.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger