Monday, April 11, 2011

DAP PERGUNAKAN NIK AZIZ UNTUK FITNAHKAN BN


Ambo minta maaf sebab dipergunakan DAP

Kempen DAP di Kota Sentosa telah sampai ke kemuncaknya dengan strategi Pakatan Pembangkang mempergunakan Nik Aziz bagi meraih simpati pengundi Melayu di situ. Nik Aziz yang dilihat sangat tidak bermaya dikatakan terpaksa melayan kehendak DAP yang merupakan ‘mastermind’ di sebalik percaturan Pakatan Pembangkang.

Kehadiran pengunjung hadir ke ceramah kempen DAP itu adalah disebabkan orang mahu melihat lebih dekat Nik Aziz berbanding Chong Chieng Jen. Menjadi tradisi orang Sarawak ialah untuk melihat pemimpin Pakatan Pembangkang secara dekat kerana sebelum ini hanya melihat melalui televisyen. Mereka juga mahu melihat bagaimana rupa seorang ‘tok guru’ dan ingin mendengar fatwa-fatwa songsang. Nak dengar juga fatwa terbaru daripada Nik Aziz.

Berbanding penceramah DAP yang lain yang diberikan masa yang lama, Nik Aziz cuma  diberikan masa 8 minit sahaja. Malah, Nik Aziz juga dipaksa untuk menjadi penceramah pertama.

Kempen DAP di Kota Sentosa itu bukan sahaja menyaksikan keangguhan DAP yang sangat mengidamkan kuasa bahkan telah menyebabkan kesesakan jalan raya yang teruk. Akibatnya, ramai orang marah dan tersekat di jalan raya. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger