Thursday, April 28, 2011

DATUK SHAZRYL ESKAY AJAK ANWAR IBRAHIM BERSUMPAH LAKNAT ESOK



Seperti diduga Anwar Ibrahim terus menerus menafikan sekeras-kerasnya bahawa beliau tidak terlibat atau dalam bahasa mudah bukan pelakon dalam video itu. Apakah pula alasan dan sebab musabab yang menyatakan bahawa pelakon itu bukan Anwar?

Susulan daripada kemunculan video terbaru Anwar Ibrahim bersama pelacur China itu yang merupakan kesinambungan daripada video itu, Anwar Ibrahim telah membuat laporan polis. Selain membuat laporan polis terhadap usaha menghalang daripada bloggers terus menyiarkan video itu, Anwar juga membuat laporan polis berhubung gesaan Datuk Shazryl Eskay untuk meminta Anwar Ibrahim meletak jawatan.


Menjawab tuduhan itu, Datuk Shazryl Eskay yang merupakan bekas rakan karib dan juga orang yang bertanggungjawab mengatur perjumpaan Anwar Ibrahim bersama pelacur China itu bersumpah bahawa lelaki dalam video itu adalah Anwar Ibrahim.

Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini (28 April 2011) bersumpah atas nama Allah bahawa lelaki dalam rakaman video seks yang didedahkan oleh beliau adalah Anwar Ibrahim”.


Ditanya adakah beliau sedar akan kesan yang akan dihadapinya apabila melakukan sumpah laknat? Jawabnya, beliau sedar dan yakin berada di pihak yang benar.

Bagi menguatkan lagi sumpah yang dilakukannya, Datuk Shazryl Eskay menjemput Anwar untuk bersama-sama dengannya bagi melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru Al-As di Bandar Baru Sentul, selepas sembahyang Jumaat esok.

Dalam hal ini, Nik Aziz rakan sekutunya dalam Pakatan Pembangkang perlu memberika nasihat serba sedikit berhubung cara-cara sumpah laknat yang akan diadakan esok kepada Anwar Ibrahim supaya ia tidak salah dilakukan. Sebaliknya, membuat laporan polis, kenyataan akhbar mahupun menafikan dengan menunding jari kepada Datuk Shazryl Eskay dan Datuk T bukanlah jalan penyelesaian sebaliknya perlu juga bersumpah laknat.

Kenapa perlu takut sekiranya berada pada pihak yang benar?

1 komen:

  1. Jom Tengok Manusia Fasik Bersumpah Ikut Ajaran Sendiri Esok

    Sumpah laknat Datuk T tak ikut ajaran Islam- Ustaz Shamsul

    KUALA LUMPUR: Bekas Imam Masjid Saidina Omar Al Khattab, Bukit Damansara, Ustaz Shamsul Firdaus Alhafiz berkata, sumpah laknat yang dilakukan Trio Datuk T, tidak mengikut ajaran Islam yang sebenar.

    Beliau merujuk tindakan salah seorang individu terbabit, Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang dikatakan mahu mengangkat sumpah laknat di Masjid Amru Al-As di Sentul selepas solat Jumaat esok.

    “Sumpah untuk nak buktikan tuduhan zina cuma boleh dilakukan terhadap isteri sahaja. Itu dipanggil sebagai sumpah Li’an. Itu dinyatakan dalam Al Quran Surah An Nur ayat ke 6 hingga ke 10, ” ujarnya kepada Keadilandaily.


    “Sumpah li’an ini pula adalah sumpah saling rela dilaknat, ia tak ‘laku’ kalau hanya sebelah pihak sahaja. Kedua, ia tidak ‘laku’ kalau tidak membabitkan suami dan isteri,

    “Sumpah yang dilakukan Datuk T ini tidak terpakai dan tak boleh pakai,” tegas beliau.

    Katanya, sumpah mubahalah seperti yang diperkatakan ramai orang pula, hanya melibatkan persoalan akidah dan tidak ada kaitan dengan hukum syarak.

    “Sumpah Mubahalah cuma nak menyatakan dalam soal perdebatan akidah dan ia tidak menyangkut paut dengan hukum syarak. Ia berkenaan akidah sahaja. Misalnya perdebatan antara ahli kitab dan orang Islam, dalam tuduhan seks tidak ada sumpah muhabalah.

    Justeru, katanya, tindakan Datuk T yang terdiri daripada Shazryl Eskay, Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, dan bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim itu tidak diterima dalam kaedah perundangan Islam.

    Dalam kes fitnah membabitkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, Shamsul berkata, di dalam Islam, ia perlu mengikut saluran yang ditetapkan hukum syarak.

    “Dia (Datuk T) kena ikut proses, sebab itu perlu membawa empat saksi. Kriteria saksi ini mesti lah memenuhi syarat seperti adil, tidak fasik dan tidak buat dosa-dosa besar,” jelas beliau.

    Ketika ditanya mengenai hukum daripada tindakan individu berkenaan, Shamsul berkata sumpah yang dilakukan itu tidak memberi sebarang kesan kepada yang dituduh mahupun yang menuduh.

    “Ia tidak boleh dijadikan asas sebagai penerimaan bukti samada betul atau tidak,” tambahnya.

    Sementara itu, bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Ustaz Dr Badrul Amin Bahron pula mengingatkan umat Islam supaya jangan sewenangnya mempermainkan agama dengan merujuk tindakan individu berkenaan.

    “Jangan sampai kita semua dilaknat Allah! Siapa ajar sumpah-sumpah ini? Agama apa? Kenapa di masjid? Sumpah bukan ajaran Islam, ikut Islam sebat je mereka ini,” katanya sambil menyeru umat Islam merujuk surah An-Nur ayat 4.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger