Sunday, April 24, 2011

GABUNGAN DAP-SNAP HANYA PERKAHWINAN UNTUK KEPENTINGAN DAP



Ilham Penasihat DAP, Lim Kit Siang berhubung penggabungan DAP-SNAP hanya berpaksikan untuk mendapatkan undi penduduk Bumiputera terutama kaum Dayak. 

Kejayaan DAP memenangi 9 kerusi DUN Sarawak dengan mengalahkan seteru utamanya yang juga kompenan BN Sarawak, SUPP telah membuatkan DAP semakin angkuh. Berteraskan parti kaum Cina, DAP cuba untuk menghakis pandangan itu dengan bergabung bersama SNAP. 

SNAP yang sebelum ini menyatakan sokongan terhadap Pakatan Pembangkang, telah keluar Pakatan ekoran tidak bersetuju dengan pengagihan kerusi. PKR yang dilihat sebagai parti dominan Pakatan Pembangkang enggan berkrompomi dengan SNAP. Ini menyebabkan SNAP terpaksa berhadapan dengan calon PKR di beberapa kawasan. Kesannya, SNAP tidak memenangi satu kerusi dalam Pilihan Raya DUN Sarawak walaupun mengetengahkan seramai 26 calon.

Pilihan Raya DUN Sarawak 2011 juga menyaksikan sokongan Bumiputera khususnya masyarakat Dayak terhadap BN ternyata meningkat. Sokongan ini menyebabkan BN Sarawak memperoleh majoriti 2/3 bagi membentuk kerajaan. Manakala, sokongan masyarakat Cina dilihat semakin kendur dengan ramai calon SUPP kalah termasuk presidennya.


Sekiranya SNAP menerima pelawaan DAP itu, adalah tidak mustahil SNAP akan menjadi kuli kepada DAP dan juga PKR serta PAS. Tidak seperti SNAP dalam BN suatu ketika dahulu yang kepentingan dan perjuangan SNAP sentiasa dijaga dan dipelihara. Namun, atas faktor kepentingan peribadi, SNAP menjadi mangsa sesetengah pemimpin SNAP ketika itu. 

SNAP yang merupakan satu-satunya parti politik pembangkang tempatan dilihat terkapai-kapai mencari arah dan sokongan. Sukar untuk mereka berdiri dan bergerak sendiri memandangkan Pakatan Pembangkang dari Semenanjung menguasai politik pembangkang di Sarawak. Demikian juga, Pakatan Pembangkang itu mempunyai agenda dan impian politik yang berbeza selaras dengan ketidaksamaan idealogi politik masing-masing.

Nescaya penggabungan DAP-SNAP akan memudahkan DAP menyerapkan idealogi komunisme ke dalam masyarakat Dayak khususnya di luar bandar bagi tujuan memenangi pilihan raya. Berasaskan budaya kaum Dayak, idealogi DAP itu sangat tidak sesuai dengan masyarakat tempatan dan sangat bertentangan. Justeru, keputusan Edwin Dundang untuk tidak menerima pelawaan Lim Kit Siang itu secara membuta tuli dilihat suatu keputusan yang bijak. 

Terdahulu, DAP dicabar untuk melantik Baru Bian sebagai Ketua Pembangkang di DUN Sarawak. Ini disebabkan ada diantara ADUN DAP tidak bersetuju untuk melantik Baru Bian sebagai Ketua Pembangkang disebabkan beliau baru sahaja setahun jagung menjadi ADUN. Calon popular semestinya datang daripada DAP. Diberitakan Chong Chieng Jen, Wong Ho Leng dan Violet Yong sangat berminat menjawat jawatan tersebut lebih-lebih lagi Violet Yong yang sebelum ini mengimpikan jawatan Ketua Menteri Sarawak.

Selain lantang dan berwibawa, calon-calon daripada DAP dilihat bersaing sesama sendiri bagi membuktikan mereka bukan sahaja menang pilihan raya, tetapi juga prihatin dengan masalah rakyat Cina. Sebelum ini, Chong Chieng Jen secara terbuka menyatakan minatnya untuk menjadi Ketua Menteri Sarawak bersama-sama Baru Bian. 

SNAP perlu bermuhasabah diri supaya mereka tidak lagi diperalatkan DAP yang terkenal dengan lidah bercabang. Lihat sahaja Perak dahulu yang mana Menteri Besar sementara itu menjadi boneka DAP setelah Undang-Undang Tubuh Negeri tidak membenarkan kaum lain selain Melayu menjawat jawatan Menteri Besar. Oleh yang demikian, Menteri Besar Perak sementara Nizar Jamaluddin hanya diibaratkan sebagai boneka. Juga, kepada Khalid Ibrahim @ Khalid Gagap yang menjadi Menteri Besar Selangor Boneka kepada DAP. Ini disebabkan kesemua keputusan di belakang tabir adalah dilakukan DAP. 

Inilah situasi yang akan berlaku ke atas SNAP sekiranya SNAP menerima 'perkahwinan' DAP. Malah, dijangkakan ia akan lebih teruk memandangkan DAP kini mengamalkan politik perkauman. Setelah apa yang dihajati tercapai, nescaya SNAP akan ditinggalkan dan terkapai-kapai keseorangan. Cegah sebelum padah. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger