Wednesday, April 13, 2011

‘JOM UBAH’ HANYA RETORIK PEMBANGKANG



‘Jom Berubah, Berubah Untuk Kehancuran’. Itulah slogan yang diperjuangkan Pakatan Pembangkang dalam usaha meraih sokongan daripada rakyat Sarawak. Sebaliknya, slogan ‘Jom Ubah’ itu hanya retorik semata-mata.

Berdasarkan perubahan yang berlaku ke atas Sarawak, jelaslah bahawa kerajaan pimpinan BN telah lama berjaya mengubah landskap Sarawak ke arah sebuah negeri yang sedang berkembang maju. Sarawak sudahpun berubah dan kini berkembang untuk menjadi negeri maju tahun 2030.

“Parti lawan mahu melakukan perubahan kepada negeri ini, tetapi mereka tidak sedar bahawa Sarawak sememangnya sudah jauh berubah dan telah mencapai kemajuan besar dalam pembangunan,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sebaliknya, cita-cita pihak pembangkang untuk melakukan perubahan adalah janji-janji kosong belaka. Parti-parti lawan hanya pandai berjanji untuk ‘berubah’ tetapi mereka tidak mampu menjamin apa-apa perubahan yang boleh dilakukan kepada rakyat.

“BN tidak pernah berjanji kosong kepada rakyat, sebab itu rakyat negeri ini telah pun menikmati perubahan dalam pelbagai aspek bagi menjamin masa depan kita bersama,” katanya sambil menerima tepukan bergemuruh daripada kira-kira 3,000 orang majoriti masyarakat Cina.
Perubahan yang dicanang Pakatan Pembangkang hanya bersifat menuju kehancuran. Bersandarkan ‘buku jingga’ yang dibawa Pakatan Pembangkang hanyalah bertujuan untuk menarik perhatian rakyat. Sekiranya dilaksanakan apa yang terkandung dalam buku jingga dilaksanakan, adalah tidak mustahil Malaysia akan bankrap.
Lihat sahaja negeri-negeri yang diperintah Pakatan Pembangkang yang kini rakyatnya menderita malah tiada berlaku perubahan pun dalam negeri tadbiran mereka seperti mana yang dilakukan oleh kerajaan BN dahulu.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger