Tuesday, April 12, 2011

KAUM CINA TERIMA BAIK KEHADIRAN PERDANA MENTERI MALAYSIA




Kehadiran Perdana Menteri ke Sarawak bagi membantu calon-calon BN dalam menghadapi Pilihan Raya DUN Sarawak semestinya dinantikan rakyat Sarawak sama ada Melayu, Cina, Iban, Bidayuh dan banyak lagi. Berbekalkan personaliti yang menarik dan tiada kontroversi, Perdana Menteri amat disenangi rakyat Sarawak.

Semalam kegembiraan seorang penjual sayur Chin Sing Chong terserlah apabila taktiknya untuk mendapatkan kelainan daripada Perdana Menteri tercapai apabila kesediaan Perdana Menteri menandatangani baju 1Malaysia yang dipakainya.

“Saya dapat, saya dapat,” katanya sambil menunjukkan simbol 1Malaysia dengan jari telunjuknya dan melaungkan “1Malaysia”.

Perdana Menteri yang melakukan tinjauan mesra di Pasar Stutong bersama dengan calon-calon BN telah disambut mesra oleh masyarakat Sarawak dalam pelbagai lapisan. Apakah ini menandakan masyarakat Cina sudah menerima kembali BN bagi mewakili mereka dalam kabinet?

“Saya tanya “tolong sign, boleh’?. Perdana Menteri amat baik, saya sangat gembira,” kata Chin yang menurutnya tidak akan membasuh kemeja-T 1Malaysia itu selama-lamanya.

Tinjauan mesra Perdana Menteri di Pasar Stutong dianggap berjaya dan rakyat Sarawak menerima kehadiran Perdana Menteri dan 1Malaysia di Sarawak tanpa sebarang perasaan ragu-ragu. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger