Tuesday, April 12, 2011

KEMPEN BN PKR PANAS, ANWAR TERTUNDUK MALU



Di mana ada Anwar Ibrahim, di situ juga ada Ezam Mohd Nor. Di mana ada Anwar Ibrahim, di situ juga ada Ummi Hafilda. Itulah senario yang berlaku di Kuching ketika ini yang sedang mengalami kemeriahan dan keriuhan kempen BN dan Pakatan Pembangkang di Kuching dalam Pilihan Raya DUN Sarawak.

Di Boyan, keadaan yang sama berlaku seperti mana berlaku di DUN Kerdau dalam pilihan raya kecil yang lalu. Kedua-dua parti, BN dan PKR telah mengadakan ceramah secara serentak di tempat sama di Kampung Boyan.

Kira-kira 2000 penyokong BN dan PKR berada di kedua-dua kawasan itu untuk mendengar ceramah pemimpin masing-masing. Di pihak BN, mempertaruhkan Ezam Mohd Nor yang terkenal dengan kelantangannya dalam mematahkan serangan Anwar Ibrahim. Pihak PKR pula menurunkan de factornya Anwar Ibrahim.

Anwar yang telah tertunduk atas desakan Ezam telah meminta bantuan Azmin Ali bagi meneruskan ceramahnya.

Dalam syarahan Azmin telah menuduh Ezam sebagai pengkhianat besar kerana sanggup keluar parti dan menyertai UMNO. Pertuduhan yang dianggap liar itu segera dijawab Ezam secara terbuka dengan melafazkan sumpah bahawa beliau meninggalkan PKR bukan kerana pangkat dan darjat, tetapi kerana prinsip.

“Saya sudah dua kali masuk penjara dan 11 kali masuk lokap kerana membela Anwar Ibrahim, tetapi setelah saya mengetahui beliau benar-benar melakukan liwat, saya mengambil keputusan untuk meninggalkan parti tersebut”, jelas Ezam.

Anwar dikatakan menggunakan Sarawak sebagai platform terakhir untuk menyelamatkan kerjaya politiknya. Beliau mengetahui selepas ini riwayat politiknya akan berakhir disebabkan kes liwatnya yang hanya menunggu hukuman daripada mahkamah.

Ceramah tersebut berakhir dengan sedikit kekecohan apabila salah seorang penyokong PKR memecut laju menggunakan keretanya ketika kedua-dua parti itu sedang berucap. Bagaimanapun, pergaduhan itu berjaya ditenteramkan polis yang menjaga keselamatan dalam majlis itu. 

2 komen:

  1. siapa kata malaysia ini tidak demokratik
    tetapi ada batasnya jangan sampai menganggu
    ketenteram awam. Berkempenlah dengan rasional bukan emosional.

    ReplyDelete
  2. Oooo...budaya samseng ni dah diperkenalkan oleh ANU-war lah. Tengok camana dia jawab kat wartawan tu..boleh agak personaliti dia. Mesti bongkak bila dapat jadik PM nanti...kuku besi punya..

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger