Thursday, April 14, 2011

LIM GUAN ENG PATUT CERMIN DIRI SENDIRI



Di ketika hari pengundian semakin dekat hanya tinggal 2 hari saja lagi, Pakatan Pembangkang turut menyerang kewibawaan Perdana Menteri.

Sebelum ini, Pakatan Pembangkang seperti Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng telah menuduh kekerapan Perdana Menteri datang dan melawat Sarawak bersempena dengan pilihan raya. Ketika ini mereka bertiga sibuk membantu calon Pakatan Pembangkang dalam pilihan raya dengan menghasut dan memfitnah pemimpin-pemimpin BN dengan berkampung ala tentera.

Perdana Menteri mempersoalkan kenapa pembangkang menjadikan lawatan beliau itu sebagai satu isu sedangkan mereka secara beramai-ramai datang ke negeri ini untuk berkempen bagi pilihan raya negeri Sarawak.

"Inilah sebabnya sudah berpuluh tempat saya pergi, ada tempat nak sebut nama pun susah, ada tempat yang saya terpaksa naik sampan hingga hampir terjungkit, ada tempat helikopter saya naiki terpaksa mendarat atas jalan raya".

"Belum pernah di Semenanjung helikopter (saya) mendarat tengah jalan, tapi di Sarawak kita buat apa saja yang perlu agar rakyat terus maju dan terbela," kata Perdana Menteri.

Bagaimanapun, sepatutnya yang menjadi persoalan dan permasalahan ialah, kekerapan Lim Guan Eng datang ke Sarawak dan meninggalkan tugasnya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.
Perdana Menteri dalam kenyataannya, sebagai Perdana Menteri menjadi tanggungjawabnya untuk berjumpa dengan rakyat negeri ini dan untuk mengetahui masalah mereka. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger