Tuesday, April 12, 2011

MASYARAKAT SARATOK SERBU PERDANA MENTERI MALAYSIA



Kehadiran Perdana Menteri ke beberapa kawasan pedalaman di Sarawak termasuk Sri Aman, Betong, Lubok Antu dan Saratok telah mengejutkan ribuan rakyat Sarawak yang tinggal di kawasan itu.

Hari ini dalam sejarah, itulah yang tercipta dalam memori setiap penduduk Sarawak yang kebanyakkan berbangsa Melayu, Iban dan Cina. Ramai penduduk di Bahagian Sri Aman dan Betong itu tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan Perdana Menteri yang disifatkan sebagai seorang yang mesra.

Perdana Menteri yang melakukan lawatan dan tinjauan mesra selama sehari telah disambut dengan penuh meriah walaupun kehadiran Perdana Menteri tidak diwar-warkan. Ramai penduduk yang tidak percaya tentang kehadiran pemimpin nombor satu negara itu ke kawasan mereka yang dianggap terpencil. Namun, kesudian Perdana Menteri untuk sampai ke kawasan mereka membuatkan ramai yang cukup terharu.

Seperti sebuah pesta, Perdana Menteri dikerumi dan dikunjungi ramai orang seolah-olah seperti satu pesta. Ada di antara peniaga sanggup tutup kedai sementara bagi melihat wajah dan bersalaman dengan Perdana Menteri dengan lebih dekat.

Kehadiran Perdana Menteri ke Bahagian Sri Aman dan Betong membawa sinar bahagia apabila beliau meluluskan segera peruntukan bagi menyelesaikan masalah-masalah yang kritikal. Kelulusan segera yang diumumkan Perdana Menteri telah memberikan nafas lega kepada kebanyakan penduduk.

Ternyata kehadiran Perdana Menteri ke kawasan pedalaman di Sarawak telah mencetuskan kegembiraan di kalangan rakyat Sarawak untuk terus menyokong kerajaan BN. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger