Wednesday, April 13, 2011

MASYRAKAT KAPIT MENOLAK KEHADIRAN ANWAR IBRAHIM



Menjadi kelaziman Anwar, setelah menghuru-harakan Kuching misinya untuk menjahanamkan rakyat Sarawak diteruskan ke destinasi seterusnya, Kapit. Bahagian Kapit yang terletak di bahagian tengah Sarawak dengan hanya boleh dihubungi menggunakan jalan air (bot ekspress).

Kapit yang sebelum ini menjadi kubu kuat BN kini cuba diceroboh PKR dan Pakatan Pembangkang. Majoriti penduduknya yang merupakan bangsa Iban dan diikuti Melayu dan Cina. Ketika ini kesemua penduduknya hidup aman dan damai walaupun hidup dalam berbilang kaum.

Kedatangan Anwar dan PKR ke Kapit tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk memecahbelahkan kehidupan pelbagai kaum bagi meneruskan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri. Dahulunya, pemerintahan BN di Kapit terbukti berjaya apabila berjaya mentransformasikan Kapit menjadi sebuah bahagian yang maju seiring dengan bahagian-bahagian lain di Sarawak.


Pastinya kedatangan Anwar ke Kapit bukanlah untuk menggembirakan penduduk khususnya kaun Iban yang selama ini menyokong penuh kepimpinan BN. Bagaimanapun, kedatangan Anwar ke Kapit hari ini pastinya telah tidak disenangi ramai penduduk. Bagi mereka kedatangan Anwar ini langsung tidak memberi apa-apa jaminan kepada penduduk Kapit.

Masyarakat Kapit mengetahui bahawa Anwar kini sedang menghadapi pertuduhan liwat dan sedang dibicara. Terbaru, Anwar juga disabitkan sebagai pelakon dalam filem pendek seks dengan pelacur Cina. Berita kehilangan jam Omega juga dikaitkan dengan video seks Anwar. Semua maklumat tentang Anwar diketahui penduduk Kapit menerusi blog dan internet.


Kehadiran Anwar dan penyokong-penyokong PKR di Kapit ini sangat tidak direstui penduduk Kapit. Mereka hanya mahu mencetuskan provokasi yang keterlaluan sehingga menyebabkan rakyat Sarawak takut kepada politik Semenanjung. Akhirnya, Anwar selepas ini pastinya akan menyesal datang ke Kapit kerana semua rakyat Kapit menolak kehadiran Anwar.

1 komen:

  1. MUHAHAHAHHA
    GUA SOKONG TERUSKAN.
    ASAL BUKAN UMNO GUA SOKONG

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger