Monday, April 11, 2011

PAKATAN PEMBANGKANG MEMANIPULASI ISU KITAB INJIL UNTUK TARIK PENGUNDI KRISTIAN





Dalam usaha menarik pengundi Kristian menyokong mereka, Pakatan Pembangkang terutamanya PKR dan DAP telah memainkan isu agama. Pakatan Pembangkang menyasarkan bahawa isu kitab injil yang diterbitkan dalam Bahasa Malaysia untuk dijadikan bahan kempen mereka.

Sarawak yang mempunyai majoriti penganut agama Kristian telah hidup dengan aman bersama penduduk agama Islam, Buddha dan lain-lain. Kehidupan aman dan damai ini menjadikan Sarawak yang didiami lebih 30 suku kaum sebagai negeri contoh dalam menjayakan Gagasan 1Malaysia.

Kerajaan sangat prihatin dengan keperluan rakyat Malaysia yang beragama Kristian. Justeru itu, kerajaan telah berjaya menyelesaikan 35 ribu naskah kitab injil versi Bahasa Malaysia yang disita di Pelabuhan Kuching dan Pelabuhan Klang.

“Saya minta Datuk Seri Idris Jala (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) supaya berunding dan setiap perkara mendapat restu saya. Tak patut jadi isu. Kita beri perhatian kepada penganut Kristian di Sarawak. Keputusannya boleh dipakai secara berterusan. Kita dah dapat (buat) keputusan yang baik,” kata Perdana Menteri.

Kenyataan Perdana Menteri itu secara langsung telah menjelaskan bahawa isu kitab injil yang dibawa Pakatan Pembangkang itu telah selesai. Justeru, rakyat Sarawak tidak perlu terpengaruh kepada fitnah Pakatan Pembangkang yang cuba memecahbelahkan perpaduan agama dan bangsa rakyat di Sarawak.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger