Saturday, April 2, 2011

‘PANTAI’ YANG DAMAI JANGAN DISANGKA TIADA IKAN JERUNG



Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 kali ini sangat berbeza berbanding Pilihan Raya Negeri Sarawak sebelum ini. Ini disebabkan aliran dan zaman politik semakin pantas berlalu. Justeru, rakyat Sarawak perlu sedar bahawa kini politik Sarawak telah jauh berubah selaras dengan peredaran zaman.

Jika dahulu setiap parti yang bertanding sama ada BN mahupun pembangkang, mereka lebih fokus dan bersahaja untuk mencapai kemenangan. Sekiranya parti itu menang, mereka menganggapnya sebagai bonus, dan apabila kalah mereka menganggap tiada rezeki. Cuba lagi pilihan raya akan datang.

Bagaimanapun, kali ini situasinya jauh sangat berbeza. Pembangkang tidak seperti dahulu lagi hanya redha terhadap kekalahan. Apabila kalah, mereka terima dengan hati terbuka. Tetapi, kali ini penglibatan mereka dalam parti sangat serius dalam usaha merampas Sarawak daripada BN untuk diberikan kepada Anwar. Mereka sangat memerlukan kemenangan tatkala mahu memerintah Malaysia dan mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri liwat pertama dalam sejarah dunia.

Pepatah Melayu ada mengatakan, air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Untuk itu, kepada kesemua calon perlu melihat pertandingan dalam pilihan raya kali ini secara realistik. Terdahulu, SPR sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan terdapat 9 kawasan DUN ‘panas’ yang akan melibatkan keganasan yang melampau.

Sarawak masih ‘baru’ dalam menghadapi pilihan raya ganas seperti mana yang berlaku di Semenanjung sama ada pilihan raya kecil mahupun pilihan raya umum. Dan, budaya sebegini yang akan dibawa Pakatan Pembangkang ke Sarawak pada pilihan raya kali ini. Ketika ini kehadiran ahli dan penyokong Pakatan Pembangkang kian ramai tatkala hari penamaan calon tidak lama lagi. Masa kempen yang diperuntukkan SPR sebanyak 10 hari atas alasan sebab keluasan Sarawak membuatkan Pakatan Pembangkang tersenyum riang. Dalam tempoh itu, pelbagai macam budaya yang akan diterapkan Pakatan Pembangkang kepada penduduk tempatan.

Ketika ini keadaan terkawal memandangkan Pakatan Pembangkang masih mengumpul kekuatan mereka dan setiap calon masih belum dibenarkan untuk berkempen. Walau bagaimanapun, Pakatan Pembangkang ketika ini telah cuba beberapa kali mengadakan kempen di beberapa tempat dengan kehadiran Anwar Ibrahim namun berjaya dikawal dengan baik oleh pihak polis. Ujian sebenar rakyat Sarawak terutama ahli-ahli parti pastinya semasa waktu berkempen, iaitu selepas penamaan calon.

Justeru, jentera parti tidak boleh mengambil jalan mudah untuk berada dalam keadaan selesa menjelang masa berkempen. Setiap calon perlu realistik terhadap keadaan yang akan berlaku ketika itu dan perlu bersedia menghadapinya berbekalkan dengan latihan dan sesi penerangan sebelum ini.  

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger