Wednesday, April 13, 2011

PELIK TAPI BENAR ‘HARI INI PAS ESOK BN’



Tarikh 6 April 2011, pastinya tidak akan dilupakan Awang Sahari Awang Kambli apabila secara tergesa-gesa diminta untuk menjadi pencadang calon PAS di DUN N.3 Tanjung Datu.

Bagaimanapun, sebelum hari pengundian, Awang Sahari telah insaf dan sedar bahawa perkara yang dilakukannya itu salah dan mengundang kesilapan yang teramat sangat. Secara rasmi, Awang Sahari telah mengambil keputusan menarik diri daripada menyokong calon PAS dan tidak terlibat lagi dengan apa-apa aktiviti anjuran PAS.

Di majlis yang serba ringkas, Awang Sahari telah menyerahkan surat keahlian rasmi PBB-BN kepada Setiausaha Politik Ketua Menteri, Bujang Helmi Hazmi di bilik operasi BN.

Ditanya kenapa Awang Sahari mengambil keputusan itu, jawapannya bahawa dia telah kehilangan keyakinan dengan kepimpinan dan perjuangan PAS yang semakin sukar dan difahami.

“Saya sudah bosan dan hilang keyakinan. Saya dapati perjuangan PAS lebih menjurus kepada sentiment agama, perkauman dan terlalu aggresif tanpa toleransi”.

“Atas dasar perpaduan, keamanan, kemakmuran dan kestabilan yang dibawa oleh kerajaan BN maka saya mengambil keputusan untuk menyertai BN”.

“Saya akui selama ini calon BN, Adenan benar-benar berjuang untuk membawa pembangunan dan perubahan di kawasan Tanjung Datu dan kerap bertemu dan membantu rakyat”.

Kebenaran pasti terserlah ....

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger