Wednesday, April 13, 2011

PENYOKONG DAN CALON PAS SYOK SENDIRI DI SAMARAHAN


Ketika PAS mengadakan ceramah di Kampung Pinang lebih 80 orang penduduk yang hadir ke majlis tersebut. Ini merupakan suatu kempen yang sangat mendapat sambutan penduduk walaupun penduduk yang hadir hanya seramai 80 orang sahaja.

Bagaimanapun, daripada jumlah 80 orang yang hadir itu, sebahagian besar atau setengah daripadanya adalah ahli-ahli PAS dari Semenanjung yang turun berkumpul di situ bagi mengawal perjalanan ceramah.

PAS yang sangat mengimpikan sekurang-kurangnya 1 kerusi dalam Pilihan Raya DUN Sarawak kali ini telah membawa Mursyidul Am PAS, Nik Aziz ke ceramah tersebut. Terdahulu, Nik Aziz sebelum ini telah menghadiri ceramah Pakatan Pembangkang yang dianjurkan DAP di Batu Kawah. Di Batu Kawah, Nik Aziz menggunakan peluang yang terhidang didepan matanya dengan mengutuk dan mencaci pengundi Melayu Sarawak yang dikatakannya sebagai masih berada di bawah tapak tempurung.

Ditanya sebahagian penduduk yang hadir, mereka menjelaskan bahawa mereka hadir bukanlah tanda sokongan kepada PAS sebaliknya hanya mahu melihat wajah sugul Nik Aziz. Sebelum ini, mereka hanya berkesempatan melihat Nik Aziz di kaca tv dan surat khabar.

“Saya datang untuk melihat pemimpin PAS sahaja. Maklumlah ini kali pertama beliau datang ke kampung ini, tetapi untuk menyokong parti itu, tidak sama sekali”.

Berbeza dengan keadaannya dengan sekumpulan belia yang hadir ke majlis itu. “Kami datang untuk suka-suka sahaja, nak mengundi tidak dapat kerana kami belum mendaftar sebagai pengundi lagi”.

Nik Aziz dalam ceramahnya menegaskan bahawa beliau melawan UMNO kerana ketuanan Melayu, tetapi PAS menegakkan ketuanan Islam.

2 komen:

  1. Sebab dia kata dia bukan melayu(tak bangga jadi melayu menyesal dilahirkan oleh ibunye yang berbangsa melayu bapanye berketurunan melayu)..tak salah dia berdendam dengan melayu UMNO..BN takpa UMNO jangan..jadi tafsiran saya dia bukan islam yang berdendam dengan melayu islam..Islam tu agama ke bangsa siap ketuanan lagi bai..dahlah bosan dengan dia ni..dulu saya cukup hormat..sekarang meluat amat amat..

    ReplyDelete
  2. Ustaz Fathul Bari menjelaskan siapa dia bergelar ulama:

    Ulama adalah pewaris nabi yg.menyebarkan ilmu dan akhlak sama seperti Nabi s.a.w.

    so,dalam kes olamak pas, ada tak mereka ikut akhalak nabi? sapa rajin mencarot? mengumpat? memaki? membawa cerita separuh benar? menolak ukhuwah islamiah? adakah itu semua akhlak nabi?

    gen2felda

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger