Saturday, April 9, 2011

PILIHAN RAYA PILIHAN AHLI-AHLI PKR KELUAR PARTI



Tidak sah sekiranya tiada ahli-ahli PKR mahupun Pakatan Pembangkang lain yang bertindak keluar parti dalam ketika pilihan raya. Fenomena ini menjadi suatu tradisi bagi ahli-ahli PKR.

Ketika PKR dan Pakatan Pembangkang sibuk berkempen, tindakan 450 ahli-ahli PKR Simunjan telah mengambil keputusan keluar parti. Keputusan keluar parti diambil berikutan kecewa dengan tindakan pemimpin PKR yang tidak mengambil berat terhadap kebajikan rakyat dan ahli-ahli parti.

Mereka menyerahkan borang menyertai BN secara rasmi kepada Datuk Noh Omar sambil disaksikan calon BN di DUN Simunjan.

Menurut salah seorang daripada mereka itu, rakan-rakannya telah lama menyimpan niat untuk keluar PKR. Selama ini PKR hanya menabur janji-janji palsu dan tidak serius dalam memperjuangkan hak-hak rakyat.

Tindakan 450 ahli-ahli PKR keluar parti itu bukanlah yang terakhir bahkan akan disertai lebih ramai lagi ahli-ahli PKR bagi menyatakan sokongan kepada BN. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger