Wednesday, April 6, 2011

PKR LANGGAR LARANGAN SEMASA PENAMAAN CALON


Hari ini seluruh DUN Sarawak telah menyaksikan sesi penamaan calon di 71 DUN Sarawak bermula di DUN Opar hingga ke DUN Ba’kelalan. Pada penamaan calon, SPR telah membuat sidang media berhubung perkara yang boleh dilakukan dan yang tidak boleh dilakukan parti semasa proses penamaan calon.

Dalam pengumuman itu, SPR menegaskan setiap parti yang bertanding tidak dibenarkan membuat dan membawa apa jua macam bentuk alat muzik termasuklah pembesar suara (healer). Penggunaan alat muzik ini boleh menjejaskan suasana penamaan calon dan mencetuskan propaganda.

Sekiranya didapati ada parti yang membawa dan menggunakan peralatan muzik termasuk pembesar suara, pihak polis tidak akan teragak-agak merampas dan menahan mereka yang membawa dan menggunakannya.

Dalam penamaan calon di kawasan DUN N.8 Satok, didapai ahli-ahli PKR telah membawa pembesar suara dan menggunakannya bagi menyemarakkan semangat ahli-ahli PKR mengiringi calonnya, Ahmad Nazib. Ahmad Nazib yang diringi Shamsul Iskandar serta beberapa puluhan orang penyokong telah berarak menggunakan van ke pusat penamaan calon di SK Merpati Jepang.


PKR yang telah mengetahui mengenai sambutan dingin yang akan diterimanya pada penamaan calon telah cuba menggunakan apa saja cara bagi menampakkan sokongan kuat ahli-ahli PKR. Melalui cara itu, PKR akan menggembar-gemburkan bahawa ahli-ahli mereka sangat proaktif dalam mengiringi calonnya.

Di sepanjang penamaan calon, kira-kira 5,000 orang ahli-ahli BN-PBB mengiringi Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg. Walaupun penamaan calon diadakan pada masa hari bekerja, namun ia tidak mematahkan semangat ahli-ahli setia BN-PBB untuk mengiringi calon mereka. Tidak seperti PKR yang kelihatan lengang dengan kebanyakan penyokong mereka merupakan ahli-ahli PKR dari Semenanjung.

Perkara yang sama juga berlaku di hampir kesemua DUN. Suasana ganas yang cuba dibawa pemimpin Pakatan Pembangkang pada asasnya tidak diterima rakyat Sarawak walaupun yang datang ini adalah askar-askar terkuat mereka termasuklah jenaral Anwar Ibrahim.

Sekiranya ini juga berlaku semasa hari pengundian, adalah tidak mustahil BN Sarawak yang diramal akan memenangi sekurang-kurangnya 55 kerusi akan dapat memperolehi kemenangan di kesemua kerusi DUN. Dengan isu video seks Anwar Ibrahim yang akan dikeluarkan dalam versi penuh bagi menyangkal terus dakwaan Wan Azizah kononnya pelaku seks dalam video itu adalah suaminya, Anwar Ibrahim. Dengan isu video seks ini, rakyat Sarawak akan dapat menilai siapakah yang akan memerintah Sarawak dan Malaysia sekiranya Pakatan Pembangkang Berjaya menguasai Sarawak disebabkan undi itu diberikan kepada Pakatan Pembangkang.

Fikir-fikirkanlah….

1 komen:

  1. fuck you la. pembesar suara kmk org x pakai pon.kmk org x langgar pon apa2 peraturan.aku kenal ko masa ko amik gambar ni..

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger