Sunday, April 10, 2011

PKR TOLAK BARU BIAN JADI KETUA MENTERI?



Sebagai helah politik dan usaha menarik sokongan pengundi Melayu di kawasan yang ditandingi PKR, Pakatan Pembangkang durjana ini sanggup menuduh BN dan mereka yang pro BN yang menggantung poster Baru Bian sebagai Ketua Menteri Sarawak.

Alasan bahawa poster itu cuba menakutkan pengundi Melayu yang akan menyokong PKR dilihat sebagai alasan lapuk dan tidak logik. Kenapa perlu takut dengan bayang-bayang sendiri andai itulah yang menjadi cita-cita Pengerusi PKR Sarawak.

Dalam facebooknya, Baru Bian sebelum ini menyatakan bahawa semua kompenan Pakatan Pembangkang bersetuju melantik Baru Bian sebagai calon Ketua Menteri Sarawak sekiranya Pakatan Pembangkang menang dalam hari pengundian nanti.

Kenapa PKR perlu berasakan poster yang tertera gambar Baru Bian sebagai Ketua Menteri Sarawak sebagai perkauman? Apakah mereka tidak melihat DAP yang mengamalkan rasis secara berlebihan (perkauman) dalam mengeksploitasikan peranan kaum Bumiputera di Sarawak sebaliknya sanggup menyalahkan BN sebagai dalang perbuatan tersebut.

Tindakan PKR merampas poster yang tertera gambar Baru Bian sebagai Ketua Menteri dlihat sebagai tidak menyokong impian Baru Bian. Jadi, sudah jelas bahawa PKR di Kuching tidak akan malah jauh sekali setuju untuk melantik Baru Bian sebagai Ketua Menteri.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger