Tuesday, April 26, 2011

TAHNIAH YB-YB’s, RANJAU BERDURI MENUNGGU DI HADAPAN



Tahniah kepada calon-calon BN dan Pakatan Pembangkang juga Bebas yang berjaya memenangi pilihan raya dalam DUN masing-masing sehingga layak dipanggil Yang Berhormat @ YB.

Sehari selapas pengundian dan diketahui kemenangan calon masing-masing, ramai YB telah mengadakan keraian dan doa selamat bagi menyambut kemenangan. Ada yang mengadakan majlis kesyukuran di hotel-hotel, restoran dan juga di beberapa tempat eksklusif. Ramai tetamu yang hadir terutama jemputan khas di kalangan ahli-ahli parti yang telah bertungkus lumus berkempen sepanjang 10 hari.

Tidak hanya meraikan kemenangan dengan mengadakan majlis makan-makan di hotel dan restoran, ucapan selamat dan tahniah di atas kemenangan ternyata masih dilakukan di dada-dada akhbar. Ianya sama ada diucapkan oleh parti, orang perseorangan mahupun syarikat.

Tahniah kepada YB-YB kerana telah berjaya memenangi Pilihan Raya DUN Sarawak 2011. Kemenangan ini bukan masanya untuk bergembira selama-lamanya sebaliknya ranjau sedang menanti YB-YB dalam mengotakan janji-janji dan yang penting memastikan aspirasi rakyat diperjuangkan.

Mulai 17 April 2011, YB-YB akan sekali lagi dinilai perkhidmatannya bagi menghadapi Pilihan Raya DUN Sarawak ke-11 pada 2015 atau 2016.

Selamat menjalankan tugas YB’s.

1 komen:

  1. Jangan ada agik YB2 bermegah2. Mun NAK kaya xda hal sik org swak lalek, tapi amanah tetap amanah. Kepentingan rakyat mesti didahulukan. Semoga Swak lebih gemilang dari Semenanjung. Kita msykt bersopan dari org semenanjung xkisah Pas ka PKR ke Umno ka sama jAK sidak ya, jgn juak dlm blog pun nak molah fitnah dan nyokong org naktentu pasal.
    Tolong lah YBs bantu rakyat sarawak. Utamakan kepentingan org swak pun. org sarawak masih banyak miskin bukan macam nak dipaDAH mUHIYIDIN yASSIN CUMA 3%, TERKEJUT DENGAR. SAPA NDAK MERIK FAKTA SALAH DGNNYA. SELAMAT BERJUANG.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger