Saturday, April 9, 2011

POLITIK GANAS DAP BERJANGKIT DI KUCHING



Tidak cukup dengan apa yang berlaku di Miri, penyokong dan ahli DAP di Kuching juga mengamalkan budaya kasar lagi ganas dalam merosakkan imej calon BN di DUN Padungan.

DAP tiada cara lain melainkan memburukkan calon BN yang bertanding di kawasan majority Cina seperti Padungan, Pending, Batu Kawah, Kota Sentosa dan Batu Lintang. Hakikatnya DAP yang diwakili majoriti kaum Cina mahukan calon mereka untuk berada dalam kerajaan. Namun disebabkan segelintir tindakan penyokong DAP yang tidak mahu memberikan sokongan kepada BN menyebabkan wakil Cina seperti terasing dalam kerajaan.

Masyarakat Cina harus menilai tentang apakah yang telah diperolehi mereka di Sarawak di sepanjang BN Sarawak memerintah. Tidakkah rakyat Sarawak yang berbangsa Cina berasa bersyukur di atas segala apa yang telah dan sedang dikecapi mereka ketika ini di bawah pemerintahan BN Sarawak.
Undi anda penentu masa depan anda. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger