Wednesday, April 20, 2011

VIOLET YONG IDAM JAWATAN KETUA MENTERI SARAWAK



Setelah mencapai kemenangan ‘bergaya’ walaupun tidak dapat menubuhkan kerajaan ekoran kekalahan teruk rakan pakatan, PKR dan PAS, DAP mempersoalkan kenapa kaum Cina tidak boleh menjadi Ketua Menteri Sarawak?

Inilah soalan yang dikemukakan ADUN Pending, Violet Yong mempersoalkan mengapa kaum Melanau, yang merupakan salah satu kaum minoriti di negeri ini dapat menjadi Ketua Menteri, sedangkan kaum Cina yang lebih besar tidak boleh.

Violet Yong dalam ceramah terakhirnya bukan sahaja membangkitkan semangat perkauman, tetapi juga mempersoalkan kenapa kaum minoriti dapat menjadi Ketua Menteri? Kenapa kaum Cina tidak boleh menjadi Ketua Menteri sedangkan mereka merupakan kaum majoriti di Sarawak?

“Kamu semua tanya balik kepada kepada Ah Hian (Dr Sim Kui Hian), mengapa Taib (Ketua Menteri) orang Melanau, dari antara satu kaum yang terkecil di Sarawak dapat jadi Ketua Menteri. Mengapa kaum Cina tidak boleh?”, katanya dalam satu kempen pilihan raya pada 13 April lalu.

“Kenapa mesti kaum Melanau, antara kaum kecil dapat memerintah Sarawak, sedangkan Cina lebih ramai tidak dapat.”

Pastinya sidang DUN Sarawak kali ini sengit berikutan suara-suara pembangkang yang majoriti Cina akan membuatkan Dewan Undangan Negeri Sarawak kecoh. Kecoh dan pastinya beberapa adegan yang pastinya akan ditonjolkan pembangkang terutama DAP. 

3 komen:

  1. belajar laa dulu politik...tidak semestinya u menang hari ni u kena jadi ketua menteri....sumbangan untuk rakyat serawak pun langsuing tak de..nak jadi ketua menteri..CERMINLAH DIRI TU DULU....

    ReplyDelete
  2. Blog kitak sudah di follow dan dipaut di blog kamik.. hehehe

    http://yuseriyusoff.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Ya saya juga telah senaraikan blog tuan ke blog saya. http://perkasapetaling.blogspot.com

    Tentang violet yg mengidam nak jadi KM Sarawak tu, bagi tau sama dia, ianya bukan soal samaada Melanau ka Iban ka tetapi ia soal demokrasi dan keadilan hak kepada kaum majoriti dan tentunya di Sarawak kaum Pribumi adalah majoriti. Kalau dia tak tahu siapa itu Pribumi, suruh dia kaji Perlembagaan Malaysia. Apakah kelompok kecil RASIS DAP mahu menjajah kelompok majoriti? MAJORITI KAUM CINA, TIDAK RASIS TETAPI SEBENARNYA TELAH TERHASUT OLEH SERUAN PERKAUMAN DAP!!

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger