Tuesday, April 12, 2011

VIOLET YONG VUI VUI GAGAL TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI WAKIL RAKYAT





Dalam Pilihan Raya DUN Sarawak 2006 telah menyaksikan satu mini tsunami berlaku di Sarawak apabila Pakatan Pembangkang berjaya menawan 8 kerusi DUN yang kebanyakkannya ditandingi SUPP bagi pihak BN. Walaupun angka itu tidaklah sebesar yang boleh menjejaskan majoriti 2/3, namun ia sedikit sebanyak mencalarkan rekod 100 peratus sokongan rakyat terhadap BN.

Di DUN Pending, Violet Yong Vui Vui suatu nama baru yang bertanding menentang calon BN-SUPP telah berjaya memenangi kerusi tersebut. Mini tsunami itu telah mengheret Padungan, Batu Lintang, Kota Sentosa, Pending dan beberapa lagi kawasan DUN dimenangi DAP dan Bebas.

Melihat kepada pencapain wakil rakyat DAP sepanjang tempoh 2006 hingga 2011, kebanyakan mereka tidak menjalankan kerja dengan baik. Violet Yong Vui Vui yang telah memenangi Pilihan Raya DUN Sarawak untuk kerusi Pending dikatakan tidak menjalankan tugas dengan baik dan menggunakan wang yang diperuntukkan bagi projek-projek pembangunan di kawasan telah disalahgunakan. Menurut sumber dalaman, Violet Yong dipercayai menggunakan peruntukkan itu untuk membiayai pengajiannya dalam bidang undang-undang.

Dalam pada itu, Violet Yong ini bukanlah seorang wakil rakyat yang baik kerana sepanjang bergelar sebagai YB, dia bukan sahaja jarang melawat kawasan bahkan menjenguk muka ke kampong-kampung juga sukar. Kini, menjelang dan ketika Pilihan Raya DUN Sarawak, baharulah Violet Yong ini mula turun padang. Orang tempatan Sarawak yang duduk di sini juga melihat perkara ini adalah sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

Sudahlah tidak dan jarang turun ke kawasan, Violet Yong juga yang gemarkan publisiti khususnya dalam akhbar berbahasa Cina. Dikatakan sepanjang masa, Violet Yong sentiasa berkepit dengan Setiausaha DAP, Chong Chieng Jen ke kelab malam dan bermain politik kotor.

Kini, Pilihan Raya DUN Sarawak telah mula kembali. Sepanjang tempoh pentadbiran DAP, apakah pembangunan dan kemajuan yang telah dicapai DUN Pending? Sepanjang penilaian politik sekarang, didapati DAP sangat serius bagi menakluk Sarawak. Sebagai parti luar dari Semenanjung dan kebanyakan ahli Pakatan Pembangkang, PKR, DAP dan PAS perlu mendapatkan kuasa bagi memerintah. Dengan keupayaan itu jelaslah bahawa Pakatan Pembangkang mahu bertapak di Sarawak bukanlah untuk memperjuangkan agenda perubahan yang kabur bahkan mahu mendapatkan kuasa bagi memiskin Sarawak. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger