Thursday, May 5, 2011

BARU BIAN DAPAT SENARAI KABINET BAYANGAN MELALUI VIA SMS BLACKBERRY



KUCHING - Baru Bian kesal dengan tindakan kawan-kawannya dari DAP yang hanya mengutarakan Kabinet Bayangan kepadanya melalui via sms Blackberry daripada Veron Kedit pada jam 1.20 petang, iaitu 10 minit sebelum sidang akhbar yang dibuat Wong Ho Leng.

Senarai Kabinet Bayangan yang dikemukakan Wong Ho Leng dan DAP itu sememangnya telah diduga Baru Bian dan PKR memandangkan DAP mempunyai kelebihan apabila ramai calon mereka menang berbanding PKR dan PAS. Mahu tidak mahu, PKR terpaksa akur dan mengikut telunjuk DAP yang mempunyai suara majoriti.

Dalam senarai Kabinet Bayangan itu, PKR hanya mendapat 3 jawatan ‘menteri’ termasuklah Baru Bian sendiri. Manakala, satu lagi jawatan ‘menteri’ itu terpaksa diberikan kepada Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid yang tewas dalam Pilihan Raya DUN Sarawak. Adam Ahid merupakan satu-satunya bukan ‘menteri’ bertaraf YB yang dipilih ke dalam Kabinet Bayangan Pakatan Pembangkang sebagai ‘hadiah’ kepada sahabat.

Ketidaksediaan Baru Bian menerima Kabinet Bayangan Pakatan Pembangkang ini ada asasnya kerana beliau tidak diberitahu dengan lebih lanjut tentang penubuhan Kabinet Bayangan ini. Sebaliknya, beliau hanya mengetahui ketika Wong Ho Leng dan DAP mahu membuat sidang akhbar. Ternyata usaha membentuk dan mewujudkan Kabinet Bayangan ini bukan idea Pakatan Pembangkang sebaliknya ilham DAP yang mahu menunjukkan kekuasaannya.

Dalam pada itu, Anwar Ibrahim dalam blognya juga menjelaskan Kabinet Bayangan yang dibentuk DAP itu tidak mencerminkan semangat setiakawan dan kesepakatan. Sebaliknya, Kabinet Bayangan itu lebih menjurus kepada kekuasaan DAP yang dilihat mahu menonjolkan identitinya sebagai parti dominan dalam Pakatan Pembangkang. Justeru, PKR tidak mengiktiraf penubuhan Kabinet Bayangan yang tidak mencerminkan semangat Pakatan Pembangkang.

Bagaimanapun, DAP Sarawak tetap dengan keputusannya untuk mengekalkan barisan senarai Kabinet Bayangan. Wong Ho Leng yang juga Pengerusi DAP Sarawak menjelaskan Anwar Ibrahim tidak berhak untuk mencampuri urusan Pakatan Pembangkang di Sarawak. Selain mengalami kekalahan yang memalukan, PKR juga harus menerima hakikat bahawa parti itu tidak diterima di Sarawak berbanding DAP. Oleh itu, PKR seharusnya menjaga dan menguruskan Anwar Ibrahim untuk terus tidak didakwa dalam kes liwat dan video seksnya yang kini tersebar luas.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger