Wednesday, May 18, 2011

DAP HAPUSKAN KLINIK 1MALAYSIA DI PULAU PINANG?



Ketika rakyat Malaysia di seluruh negara berasa gembira dan berterima kasih kepada kerajaan di atas usaha menubuhkan Klinik 1Malaysia bagi kesenangan dan keselesaan rakyat menerima rawatan khususnya kepada mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah.

Dengan hanya berbekalkan RM1, setiap pesakit akan menerima rawatan yang sempurna dan dibekalkan ubat-ubatan yang bersesuaian dengan penyakit bagi kegunaan rakyat. Andai ubat-ubatan ini dibekalkan oleh klinik-klinik swasta pastinya kos ini akan mencecah puluhan malah ratusan ringgit.

Penubuhan Klinik 1Malaysia yang dicadangkan di setiap kawasan Parlimen dan akan diperluaskan di setiap DUN pastinya memberikan lebih banyak kemudahan kepada rakyat. Kini, rakyat tidak perlu lagi berasa kesihatan mereka diabaikan malah kerajaan begitu prihatin terhadap permasalahan rakyat.

Perkara ini tidak berlaku di Pulau Pinang, apabila Kerajaan Negeri yang diperintah DAP dan Pakatan Pembangkang mempersoalkan penubuhan Klinik 1Malaysia malah dicadangkan mahu menghapuskan klinik 1Malaysia di negeri itu. Itulah yang dikemukakan ADUN Sungai Puyu, Phee Boo Poh yang membawa usul ini dalam sidang DUN Pulau Pinang.

Phee Boo Poh menjelaskan penubuhan Klinik 1Malaysia disifatkan sebagai suatu pembaziran. Ini kerana di Pulau Pinang terdapat banyak klinik swasta yang menyediakan perkhidmatan dengan kos yang di luar kemampuan.

Apakah klinik swasta ada menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan dengan hanya kos RM1?

ADUN Sungai Puyu itu lebih bersikap pentingkan diri sendiri berbanding peranannya sebagai wakil rakyat. Apakah semua rakyat Malaysia mampu mendapatkan rawatan di klinik-klinik swasta yang mengenakan caj yang mahal dan di luar kemampuan rakyat?

Berbeza dengan Phee Boo Poh dan keluarganya serta kaum kerabatnya yang mendapat rawatan di klinik-klinik swasta dengan kos yang mahal atas sebab kemampuannya. Apakah ADUN itu tidak melihat kemampuan rakyat di kawasan DUN Sungai Puyu malah keseluruhan rakyat di Pulau Pinang? Andai Phee Boo Poh hanya melihat seberapa golongan rakyat yang berada adalah lebih baik ADUN itu letak jawatan dan jangan menjadi wakil rakyat.

Sehingga kini, Klinik 1Malaysia bukan sahaja menerima pesakit daripada rakyat yang menyokong BN sahaja, bahkan mereka yang menyokong malah ahli DAP sendiri, PKR dan PAS juga menerima rawatan di Klinik 1Malaysia. Dalam soal kesihatan dan kepentingan rakyat, kerajaan dilihat sangat tidak berkrompomi berbanding DAP dan Pakatan Pembangkang yang bekerja berasaskan idealogi politik.

Lihat juga Rajahmas

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger