Saturday, May 7, 2011

DAP MAHU KRISTIANKAN MALAYSIA!!!



KUCHING – Mengejutkan! Itulah yang boleh diperkatakan kepada tajuk utama Utusan Malaysia pada hari ini. Pastinya siapa yang membacanya seakan-akan tidak percaya apa yang diperkatakan wartawan Utusan Malaysia itu dan lebih-lebih lagi setelah membaca keseluruhan kandungannya. Apa pun, percayalah bahawa DAP sanggup membuat apa sahaja demi mencapai matlamat politiknya untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular seperti yang pernah dilakukan ‘abang’nya di Singapura.

Susulan dengan itu, satu laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Dang Wangi pada 5 Mei 2011 lepas antara jam 8.00 malam hingga 8.30 malam.

Laporan polis dibuat ekoran daripada tindakan Ahli Parlimen DAP bagi Parlimen Jelutong yang telah mengadakan jamuan makan bagi meraikan pastor-pastor dari Sarawak dan luar negara bertempat di Hotel Red Hock, Jalan Macalister, Pulau Pinang.

Ianya telah dihadiri lebih kurang 100 orang yang merupakan petugas-petugas Pejabat Khidmat Ahli Parlimen Jelutong, para pastor-pastor dari dalam dan luar negara termasuk Jeff Ooi serta ADUN DAP Kidurong, Ciew Chiu Seng.


Selain menikmati makanan, kesemua pastor yang berjumlah 35 orang telah mengangkat sumpah dengan membuat bulatan dan bersentuhan tangan sambil berikrar dalam bahasa Inggeris, iaitu ingin menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi dan Perdana Menteri Malaysia adalah daripada kalangan penganut agama Kristian.

Difahamkan perbuatan ini bukanlah pertama kali, bahkan telah beberapa kali diadakan dan ianya membabitkan pemimpin dan ADUN daripada DAP. Bagaimanapun, mengapa DAP kali ini berani menghebahkan perbuatan ini yang jelas menggugat perpaduan agama dan negara?

Berdasarkan keberanian Jeff Ooi, Ahli Parlimen DAP itu sebenarnya berani membuat tindakan sedemikian kerana yakin pengundi dan masyarakat Cina di Malaysia telah memihak kepada DAP. Justeru, beliau tidak khuatir tentang kesan yang akan dihadapinya, memandangkan masyarakat Cina yang menyokong DAP sentiasa bersamanya.


Kejayaan DAP dalam Pilihan Raya DUN Sarawak juga membuatkan Jeff Ooi dan DAP kian berani membuat kacau bilau. DAP percaya masyarakat Cina sudah bersama mereka. Desakan Violet Yong yang mempersoalkan kenapa Ketua Menteri Sarawak tidak boleh dipegang oleh kaum Cina juga merupakan tindakan keterlaluan DAP dalam usaha mendapatkan kuasa dan sokongan masyarakat Cina yang atas pagar. Adalah tidak mustahil masyarakat minoriti suatu hari nanti akan menjadi suara majoriti disebabkan kuasa politik yang selama ini diidamkan akan dapat dicapai dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Bertunjangkan sokongan Anwar Ibrahim yang menjadi perisai dan alat boneka DAP, juga semangat Anwar Ibrahim yang mahu menjadi Perdana Menteri nescaya mereka akan membuat apa sahaja demi mencapai cita-citanya itu. DAP sekarang bukan sahaja bertindak atas dasar politik, malah lebih daripada itu demi memastikan kuasa berada dalam tangan mereka. 

3 komen:

  1. PAS KAWASAN JELUTONG DAN PKR CABANG JELUTONG MENYOKONG SEPENUHNYA KEYATAAN YB AHLI PARLIMEN JELUTONG JEFFRY OOI. THANKS TO NIK AZIZ DAN HADI AWANG AND ALSO YB KHALID SAMAD ON YOUR MORAL SUPPORT, THANKS TO YB ANWAR IBRAHIM ON THIS ISSUE. THANKS TO LIM GUAN ENG TO PROCEED STATEMENT OF JEFFRY OOI.

    ReplyDelete
  2. haramjadah punya dap. berani main api dgn umat islam seluruh malaysia. bab agama jgn duk main2, islam adalah agama rasmi malaysia. ia adalah 1 daripada 7 wasiat raja2 melayu sebelum merdeka lagi. nampaknya dap sudah kurang ajaq dan berani memainkan bab sensitiviti umat islam. dap laknatullah...

    ReplyDelete
  3. Si Tolol Mana Percaya Berita nih...????



    Hanya rakyat yang bangang sahaja akan percaya dan mengikut rentak tari yang di canangkan oleh utusan meloya dan berita hairan.... hahahaha... bodoh piang....!!!!

    Tak jalan dengan isu perkauman, sekarang nih puak2 bahalol tolol umPORno/barisan nasional mainkan pula isu Agama.... weiiii.... tolol2 pencacai sekalian... apa lu orang ingat senang senang ke nak tukar agama rasmi negara tanpa mengikuti Perlembagaan Negara...???

    Waima... kalau Cina DAP menang sekalipun... diorang tetap tak boleh jadi PM laaaaa.... janganlah nak perbodohkan minda rakyat dengan cerita bodoh provokasi murahan nih... wahai bahalol2 pencacai umPORno... ternyata dengan memainkan isu bangang nih... membuktikan umPORno/barisan nasional haramjadah nih... dah terdesak nak mampus....



    umPORno nih memang jahat beb... lebih jahat dari Iblis.... hahahaha...

    update: Jikalau ada di kalangan puak2 parti haramjadah umPORno yang cuba nak cuci kepala hotak lu orang dengan isu nih... lu orang tanya puak2 tu diorang paham tak dengan "Perlembagaan Negara dalam Bab Agama Rasmi Negara".

    Kalau diorang sendiri tak paham atau tak tau... suruh diorang pi main jauh2, jangan menyemak nak sebar dan menghasut melagakan dalam isu perkauman dan agama..., kalau ada berani lebih penerajang jer... bangkai2 pengkhianat negara tu....

    umno Bangkai...!!!!

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger