Thursday, May 19, 2011

FRANCIS PAUL SIAH ANCAM TERUSKAN UGUTAN DAN DEMONTRASI BESAR-BESARAN




Walaupun didesak banyak pihak untuk menarik balik kenyataan berhubung ugutannya untuk memaksa Ketua Menteri Sarawak berundur dan meletak jawatan sebelum 13 Ogos 2011, Francis Paul Siah tetap dengan keputusannya dan tidak akan berganjak walau seinci pun.

Keengganan Francis Paul Siah dan Movement of Change Sarawak (MoCS) atau Gerakan Untuk Perubahan Sarawak untuk tidak berganjak dan akan meneruskan demontrasi besar-besaran sebagai tanda protes sekiranya permintaan mereka tidak dipenuhi.

Francis Paul Siah sebaliknya menyelar tindakan Pemuda PBB Sarawak yang membuat laporan polis terhadapnya sebagai membuta tuli dalam mempertahankan Ketua Menteri Sarawak. Terdahulu, beberapa Pemuda PBB Zon Kuching, Samarahan dan Bintulu telah membuat laporan polis dan sehingga kini polis belum lagi memanggil Francis Paul Siah untuk diambil keterangan.


Pemuda PBB membuat laporan polis dan meminta pihak berkuasa menyiasat Francis Paul Siah dan MoCS yang dikatakan akan membuat demontrasi secara besar-besaran. Demontrasi yang akan dilakukan MoCS ini didakwa bakal mengundang huru-hara dan membawa masuk gejala tidak sihat. Ura-ura Farncis Paul Siah mahu menjadikan demontrasi ini sebagai langkah pertama untuk menggulingkan Ketua Menteri Sarawak seperti mana yang berlaku di beberapa negara di Timur Tengah yang menjadi sumber inspirasinya.

Tindakan Francis Paul Siah yang mendesak Ketua Menteri Sarawak meletak jawatan sebelum 13 Ogos 2011 juga bercanggah dengan keputusan Pilihan Raya Negeri ke-10, yakni terus memberi mandat kepada BN sebagai pemerintah dan Taib sebagai Ketua Menteri Sarawak.


Sambil menegaskan bahawa beliau sememangnya mahu melihat Ketua Menteri Sarawak dan BN Sarawak tewas dalam Pilihan Raya DUN Sarawak Ke-10 lepas bagi memberi ruang dan peluan kepada Pakatan Pembangkang untuk memerintah Sarawak.

Dalam usaha mempertahankan pendiriannya itu, Francis Paul Siah menjelaskan bahawa sekiranya pemimpin anda (Ketua Menteri Sarawak) melakukan sesuatu yang salah, anda tidak wajar takut memberitahu tentang kesalahan itu. Atas sebab itu, adalah wajar saya menegur pemimpin anda supaya mengetahui tentang kesalahannya itu.

Menurutnya lagi, desakannya itu tidak menyalahi undang-undang dan setiap rakyat adalah berhak untuk bersuara. Malah katanya lagi, MoCS tidak menyentuh yang sangat sensitif berhubung kaum dan agama.

Menyedari bahawa perbuatannya yang mengugut Ketua Menteri Sarawak sebagai suatu yang tidak salah malah tindakannya yang mahu mengadakan demontrasi sebagai tidak menyalahi undang-undang, Francis Paul Siah bertekad untuk meneruskan cadangannya itu dan tidak akan berganjak walau seinci pun walaupun beliau ditangkap pihak berkuasa. 

1 komen:

  1. Pulisiti 99.9% discount. Murah sangat. Sapa sokong dia. Menyusahkan rakyat jer..orang nak niaga terkacau @ terganggu...sapa nak derma mineral water? business mineral water ari tu laku ler..dia bagi makan ker anak orang yg demo..?

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger