Saturday, May 21, 2011

KETUA PEMUDA PBB BERI KATA DUA



MOHON MAAF atau JUMPA KEMENTERIAN DALAM NEGERI! Itulah kenyataan tegas Ketua Pemuda PBB, YB Datuk Fadillah Yusof kepada Pengerusi Gerakan Untuk Perubahan Sarawak (MoCS), Francis Siah.

Sebelum ini, Francis Siah telah mendesak Ketua Menteri Sarawak untuk berundur sebelum 13 Ogos 2011. Sekiranya desakan itu tidak ditunaikan seperti tarikh yang ditetapkan, satu demontrasi besar-besaran akan dilakukan bagi mengugut Ketua Menteri Sarawak mengikuti desakan MoCS.

Sebagai tunjang perjuangan BN, Ketua Pemuda PBB telah memberikan tempoh 7 hari untuk Francis Siah memohon maaf kepada rakyat dan Ketua Menteri, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Menurut YB Fadillah, Pemuda PBB bersedia untuk menghadapi apa jua keadaan yang wujud dan akan bertindak jika keadaan memerlukan berbuat demikian.

Terdahulu, Pemuda PBB Zon Kuching, Samarahan dan Bintulu telah membuat laporan polis berhubung kenyataan Francis Siah yang disifatkan sebagai menganggu ketenteraman dan keselamatan negara. Oleh sebab itu, Pemuda PBB meminta polis membuat siasatan terperinci untuk membolehkan pencegahan awal daripada memudaratkan keadaan.

Pemuda PBB akan melihat serta memerhati pergerakan MoCS termasuk desakan untuk Francis Siah memohon maaf kepada rakyat Sarawak dan Ketua Menteri Sarawak.

Sekiranya dalam tempoh 7 hari itu, Francis Siah gagal menunaikan permintaan Pemuda PBB maka tidak teragak-agak untuk membawa perkara ini kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN). Sekiranya ini terjadi maka Francis Siah boleh didakwa mengikut ISA kerana mengancam keselamatan negara dengan mengadakan demontrasi.

Merujuk kepada tindakan Francis Siah yang disifatkan sebagai penderhaka itu adalah satu penghinaan kepada sistem demokrasi negara. Rakyat Sarawak telah membuat pilihan raya dan telah memilih sistem demokrasi berasaskan parti dan di sini kita telah memilih siapa yang akan menjadi Ketua Menteri.

Marilah kita tunggu dalam tempoh 7 hari. Apakah Francis Siah akan memohon maaf atau Pemuda PBB akan ambil tindakan sewajarnya?

1 komen:

  1. jangan percaya Fadillah
    percayalah pada Aziz Adenan

    http://siapaaziz.blogspot.com/

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger