Thursday, May 5, 2011

MAHFUZ OMAR DAN PAS: MULUT CELUPAR @ PENGKHIANAT?



Gesaan Perdana Menteri untuk membawa PAS bersama UMNO dan BN dalam memperjuangkan Islam dan Melayu telah menimbulkan pelbagai reaksi yang berbeza di kalangan pemimpin PAS. Ramai pemimpin PAS yang bersetuju dan tidak kurang juga yang mengambil sikap degil sambil menyatakan idea itu sebagai mengarut.

Demi mencapai agenda dan suatu rentak politik yang mempunyai kepentingan, gesaan Perdana Menteri itu dianggap sebagai tidak relevan dengan situasi politik sekarang. Manakala, bagi yang melihat perjuangan agama, bangsa dan tanah air, gesaan ini sesuai pada masanya demi melihat rakyat Malaysia hidup dalam aman dan fokus mencapai negara maju.

Penyatuan UMNO dan PAS pastinya mendapat tentangan yang hebat khususnya daripada pihak yang taksub dengan kepentingan politik. Utusan Malaysia pada muka depannya bertarikh 4 Mei 2011 telah menyiarkan kenyataan Mufti Perlis, Dr Juanda bahawa pihak yang menentang penyatuan antara UMNO dan PAS sebagai pengkhianat Islam dan boleh dianggap pendukung fikrah Khawarij yang amat bencikan kesatuan.

Menurut Dr Juanda, penyatuan kedua-dua parti itu sebenarnya wajib, khususnya untuk kekuatan Islam. Al-Quran sendiri melalui ayat 13, surah Asy-Syura memerintahkan supaya umat Islam bersatu padu dan Islam perlu ditegakkan.

“Junjungan besar Rasulullah SAW juga sebelum wafat sempat berwasiat menyuruh semua umatnya bersatu di bawah satu imam dan jangan berpecah belah’’.

Bagaimanapun, pelawaan Perdana Menteri itu ditolak keras pelbagai pemimpin kanan PAS termasuk oleh Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Perdana Menteri menegaskan sekiranya PAS tidak mahu menyertai dan bersama UMNO, PAS seharusnya keluar daripada Pakatan Pembangkang kerana rakan mereka DAP tidak pernah memperjuangkan Islam.

Di sebalik bantahan terhadap desakan Perdana Menteri agar PAS segera meninggalkan Pakatan Pembangkang dan bersama UMNO untuk terus memperjuangkan Melayu dan Islam di Malaysia, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar secara terbuka menemplak desakan Perdana Menteri itu dengan menjadikan rakan twitternya, Jack Fadzli sebagai bahan cemuhan.

Petikan twitter Mahfuz Omar terhadap rakan twitternya, Jack Fadzli:

"Kalau dah Melayu kuasai BN, apa yang kecoh DAP menang kerusi Cina. Apa yang sibuk nak ajak Pas sertai BN kalau dah kuat. Bahalol betoi (betul) hang (kamu) ini".

Perdana Menteri sebelum ini meminta PAS yang membawa identiti Islam dan Melayu dengan menyertai Pakatan Pembangkang bersama PKR dan DAP untuk keluar daripada Pakatan Pembangkang dan menyertai UMNO untuk memperjuangkan Islam dan Melayu di Malaysia.

Hakikatnya, PAS yang agendanya membawa Islam ternyata tidak diterima rakyat memandangkan matlamat PAS semakin menyimpang setelah bergaul dengan DAP dan PKR. Ini terbukti apabila PAS yang bertanding di 5 kawasan DUN di Sarawak pada Pilihan Raya DUN Sarawak lepas tewas di kesemua kawasan walaupun dengan kehadiran ramai bala tentera dan pemimpin tertinggi PAS ke Sarawak. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger