Thursday, May 5, 2011

PAS SELAR DAP HANYA MELANTIK SEORANG MENTERI DARI PAS


Menteri Hal Ehwal Agama Islam dan Perpaduan Negara

MIRI – PAS Sarawak melalui Pemuda PAS Sarawak menyatakan kekesalannya terhadap DAP yang hanya menyenaraikan seorang sahaja wakil PAS ke dalam Kabinet Bayangan.

Menurut Mohammad Arifiriazul, Ketua Pemuda PAS Sarawak menjelaskan kuota yang diberikan DAP terhadap PAS dalam barisan Kabinet Bayangan sangat tidak sesuai dan memalukan. Manakan hanya diberikan satu kuota sahaja sedangkan DAP mempunyai ‘menteri’ yang lebih ramai berbanding PAS dan PKR.

Dalam pada itu juga, kuota jawatan ‘menteri’ yang diberikan kepada PAS bagi menjaga Hal Ehwal Agama Islam dan Perpaduan Negara adalah suatu yang dianggap kuno. Memanglah PAS ini memperjuangkan Islam, tetapi hanya memberikan jawatan ‘menteri’ berkaitan agama sangat tidak bertepatan dengan dasar Pakatan Pembangkang untuk membawa perubahan kepada rakyat berasaskan slogan Jom Ubah.

Keupayaan BN Sarawak yang melantik semula menteri dan menteri muda dalam barisan Kabinet Sarawak sebelum suatu rombakan kecil akan dibuat pada Jun 2011 bagi mengisi beberapa jawatan menteri muda yang kosong dan jawatan Timbalan Ketua Menteri Sarawak menunjukkan kematangan politik Sarawak.

Kesepakatan dan perpaduan yang ditunjukkan BN Sarawak dalam membentuk Kabinet Sarawak ternyata memberikan rasa hormat PAS terhadap BN Sarawak. Tidak seperti rakan mereka dalam Pakatan Pembangkang, DAP ternyata mahukan kuasa tanpa mahu melihat dan memahami hati rakan-rakan mereka. Tindakan ini seumpama menikam belakang kawan.

Walaupun kempunan untuk menghadirkan diri dan menyertai Persidangan DUN Sarawak bagi penggal baru ini yang dijadualkan pada bulan Julai 2011, PAS tetap akan terus mendekati rakyat bagi memperjelaskan agenda dan misi PAS di Sarawak.

PAS akan terus berusaha untuk diterima rakyat Sarawak walaupun kecundang di kesemua kawasan DUN yang ditandingi mereka. Walau bagaimanapun, jumlah undi yang diterima PAS pada pilihan raya kali ini telah meningkat dan pastinya memberikan petanda bahawa yang cukup baik pada persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger