Tuesday, May 10, 2011

PKR TIADA AUTONOMI DALAM POLITIK SARAWAK!!!



KUCHING – “Tolonglah jangan hina kami”. Itulah sistem pesanan ringkas (sms) yang dihantar Ketua Penerangan PKR Kebangsaan, Tian Chua kepada rakannya, Wong Ho Leng, Pengerusi DAP Sarawak.

Tian Chua menemplak kenyataan Wong Ho Leng yang mengatakan PKR merupakan parti yang tidak dapat menerima kenyataan dalam pembahagian jawatan menteri dalam Kabinet Bayangan yang diumumkan DAP pada minggu lepas.

DAP sebelum ini telah mengumumkan senarai Kabinet Bayangan bagi memantau pergerakan dan tugas Kabinet Sarawak. Dalam senarai Kabinet Bayangan itu, PKR hanya diwakili 3 orang manakala PAS hanya seorang. Turut membezakan Kabinet Bayangan dan Kabinet Sarawak adalah penglibatan ‘menteri’ yang kalah dalam Pilihan Raya DUN Sarawak yang lepas iaitu Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid.

Pembentukan Kabinet Bayangan yang diumumkan DAP pada asasnya tidak direstui PKR kerana penglibatan PKR hanya sedikit dan ‘portfolio’ menteri yang diberikan sangat tidak menguntungkan PKR. Untuk itu, tiada seorangpun wakil PKR yang hadir semasa Wong Ho Leng mengumumkan Kabinet Bayangan di Pejabat DAP.

Sejurus DAP mengumumkan Kabinet Bayangan, Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum PKR menyatakan senarai itu belum muktamad dan tidak bersetuju dengan senarai tersebut. Baru Bian, Pengerusi PKR Sarawak semasa kenyataan akhbarnya membidas Kabinet Bayangan itu sebagai memperlihatkan DAP mempunyai autonomi dalam Pakatan Pembangkang di Sarawak. Penolakan Baru Bian adalah susulan daripada kenyataan Anwar Ibrahim yang menolak Kabinet Bayangan itu setelah menerima makluman daripada Baru Bian.

Menurut Tian Chua, sudah semestinya PKR Sarawak akan merujuk kepada kami apabila berhadapan dengan masalah dengan ahli Pakatan Sarawak.

Sebelum ini dalam mesyuarat Pakatan Pembangkang, kebanyakan urusan dan keputusan yang dibuat adalah berlandaskan pandangan dan idea DAP. PKR Sarawak hanya sebagai parti yang mengangguk dan hanya berkata ‘ya’.

Ini telah terbukti dalam pembentukan senarai Kabinet Bayangan yang dicetuskan DAP apabila kesemua ‘menteri’ yang memegang portfolio penting dipegang DAP. Penyertaan PAS dalam Kabinet Bayangan itu juga dipersoalkan PKR kerana calon PAS itu kalah dalam Pilihan Raya DUN Sarawak.

Penolakan PKR dalam pembentukan Kabinet Bayangan menyebabkan DAP terpaksa memikirkan jalan lain. Walaupun DAP menang besar berbanding PKR, namun mereka sedar bahawa DAP tidak boleh keseorangan sebagai pembangkang di Sarawak. Sebelum ini DAP yang bertindak sendirian ternyata membawa banyak kekurangan khususnya dalam menghadapi serangan dan kecaman BN. Dalam menguatkan hasratnya untuk merampas dan mentadbir Sarawak, DAP sangat memerlukan PKR sebagai kuda tunggangan khususnya bagi mendapatkan sokongan masyarakat Bumiputera dan Melayu. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger