Wednesday, May 18, 2011

SIAPA PILIHAN SNAP? BN-PRS @ DAP



Setiausaha DAP Sarawak, Chong Chieng Jen enggan mengulas sama ada cadangan penggabungan antara DAP dan SNAP akan menjadi kenyataan atau sebaliknya. Mengulas mengenai penggabungan antara kedua-dua parti itu disifatkan sebagai ‘perkara besar’ dan pastinya akan memberi impak yang baik kepada DAP.

Seperti sedia maklum DAP kini terdesak untuk mendapatkan sokongan masyarakat Dayak sekiranya mahu ‘merampas’ Sarawak daripada BN. Ini disebabkan halangan DAP dan Pakatan Pembangkang dalam memenangi Pilihan Raya DUN Sarawak adalah kesetiaan masyarakat Dayak di luar Bandar yang masih memihak BN. Manakala, pengundi Melayu masih tetap setia bersama BN walaupun dikatakan wujud perpecahan perpaduan dalam masyarakat Melayu.

Hasilnya, BN-PBB telah berjaya mengekalkan keseluruhan 35 kerusi yang dipertandingkan manakala PRS tewas 1 kerusi dan SPDP tewas 2 kerusi. SUPP, parti yang sebelum ini dikhabarkan akan mengalami kekalahan teruk telah mengalami kekalahan yang sangat memalukan dalam sejarah penubuhannya dan sejarah politik Sarawak.

Bagaimanapun, sehingga kini idea penggabungan DAP dan SNAP masih di peringkat perbincangan dengan lebih lanjut memandangkan SNAP perlu meneliti perkara ini terlebih dahulu bersama dengan ahli majlis tertinggi mereka. SNAP pastinya tidak mahu pisang berbuah 2 kali selepas insiden bersama PKR yang ternyata sangat mengecewakan SNAP.

Sehingga kini, DAP telah mengadakan beberapa perbincangan dan pertemuan secara tidak rasmi berhubung perkara ini. Dalam menentukan kesediaan SNAP menerima cadangan DAP, SNAP terpaksa berhadap dengan ahli-ahli majlis tertinggi dan ahli-ahli di peringkat cawangan sebelum memutuskan sama ada menrima atau tidak. Dalam hal ini, DAP sangat berkeyakinan andai penggabungan ini menjadi kenyataan, nescaya menjadikan DAP lebih kuat.

Mengulas kenyataan DAP itu, SNAP menepis dakwaan DAP itu dengan menyatakan SNAP tidak selesa dengan penggabungan bersama Pakatan Pembangkang dalam Pilihan Raya DUN Sarawak Ke-10.

SNAP sebelum ini telah membentuk jawatankuasa yang terdiri daripada empat orang yang diketuai Agustine Liom, bekas Hakim Mahkamah Sesyen dalam melihat sebarang bekerjasama bersama DAP atau melihat cadangan yang dikemukakan PRS.

Selain DAP, SNAP juga dikatakan akan berbincang dengan PRS berkaitan dalam isu penggabungan. Pelawaan itu telah dikemukakan Presiden PRS dalam usaha mengukuhkan perpaduan kaum di kalangan masyarakat Iban dalam PRS, SPDP dan SNAP.

Dalam erti kata lain, SNAP yang kesemua calonnya tewas dalam Pilihan Raya DUN Sarawak dijangka akan membuat keputusan terbaik bagi menentukan masa depannya.

Bekerjasama dengan DAP umpama mengungkit kisah silam bersama PKR kerana DAP merupakan sekutu PKR dan ini mengundang ketidakselesaan di kalangan ahli dan penyokong SNAP. Demikian juga, kerjasama SNAP dengan DAP yang diibaratkan menghantar diri ke dalam ‘neraka’ ekoran sikap DAP yang mempergunakan sokongan masyarakat Dayak demi untuk memperoleh kuasa.

Pilihan alternatif pastinya memikirkan pelawaan PRS untuk bergabung bagi membentik komuniti Dayak dalam politik Sarawak. Walaupun sejarah SNAP sebelum ini pernah bersama BN, namun kepimpinan negara yang berbeza dengan pendekatan Perdana Menteri yang lebih mengutamakan rakyat atas semangat Gagasan 1Malaysia mampu untuk memulihkan perhubungan yang sedia renggang ini.

Fokus utama BN adalah untuk memastikan setiap kaum dan bangsa di Malaysia memperoleh kepentingan dan kesenangan selaras dengan misi dan visi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger