Monday, June 20, 2011

BERSIH 2.0: LAYAKKAH PERHIMPUNAN BERSIH ITU DIPANGGIL BERSIH?




Ketika ini banyak Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO’s) dan beberapa individu mahupun parti politik membuat laporan polis berhubung cadangan Perhimpunan Bersih yang akan diadakan pada bulan Julai 2011 ini. Dengan tidak mendapat kelulusan dari polis dan mendapat bantahan banyak pihak terutama mereka yang akan terjejas dalam perhimpunan itu nanti seperti yang pernah dianjurkan sebelum ini, layakkah Perhimpunan Bersih itu dipanggil BERSIH?

Apakah ada nama lain yang sesuai untuk perhimpunan ini yang dikhuatiri ramai pihak akan menganggugat keselamatan rakyat dan negara? Perhimpunan Haram, Perhimpunan Kotor, Perkumpulan Haram, Perhimpunan Pemimpin Politik Yang Kecewa atau bermacam lagi gelaran lain yang dirasakan sesuai untuk perhimpunan ini?


Terdahulu, Polis dan Kementerian Dalam Negeri telah memberi amaran bahawa perhimpunan yang akan diadakan Bersih itu tidak mendapat permit dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada sesiapa yang akan menghadiri dan menyertai perhimpunan itu nanti.

Dalam pada itu, Polis telah berkrompomi dengan mencadangkan perhimpunan itu diadakan di salah satu stadium di Selangor bagi tujuan mengelak sebarang kesesakan dan kejadian yang tidak diingini berlaku di kawasan yang dijadualkan diadakan sebelum ini. Bagaimanapun, jurucakap Bersih yang juga Menteri Besar Selangor menyatakan bahawa kawasan itu tidak sesuai dan tidak cukup bagus. Sebagusnya, perhimpunan itu nanti akan dapat disertai ramai orang dan boleh menganggugat keselamatan rakyat bagi memastikan agenda dan matlamatnya tercapai.

Hakikatnya, kesan perhimpunan itu nanti akan menyebabkan ramai pihak akan rugi terutama para peniaga, pemandu teksi, pelancongan, kerosakan harta benda dan kelumpuhan ekonomi. Dikhuatiri keselamatan rakyat akan terjejas dengan sikap ganas peserta perhimpunan itu nanti dan kerosakan harta benda awam.

Justeru, sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kemakmuran, marilah kita sama-sama menyatakan kekesalan dan menolak perhimpunan haram ini dari bumi Malaysia. Sikap mereka yang tidak bertanggungjawab yang dinaungi kepentingan politik sempit telah membuatkan rakyat terpaksa menanggung akibatnya. Katakan TIDAK kepada sebarang perhimpunan yang mendatangkan kemudaratan kepada rakyat. 

1 komen:

  1. Saya setuju pandangan penulis,kita rakyat bisa rugi kerana kemungkinan tidak dapat kerja andainya perhimpunan bersih itu bertukar menjadi kotor dan keadaan menjadi ganas sehingga merebak ke seluruh negara.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger