Thursday, June 23, 2011

BERSIH 2.0: NAMA SAJA PROFESIONAL, TAPI DIJADIKAN TUNGGANGAN KUDA PEMBANGKANG




Majlis Peguam Malaysia merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bersifat profesional sesuai dengan namanya ‘Peguam’. Bagaimanapun, Majlis Peguam Malaysia ini telah mudah dijadikan kuda tunggangan pembangkang dalam mencapai hajatnya untuk merampas Malaysia seperti mana yang berlaku di Mesir, Syria, Libya dan beberapa lagi negara lain.

Tindakan Majlis Peguam Malaysia itu telah dikecam oleh beberapa NGO’s yang bergabung di bawah Gabungan NGO Malaysia (GNM) yang berbeza pandangan dan pendapat terhadap penganjuran Perhimpunan Haram BERSIH.


Sikap yang ditunjukkan Pengerusi Majlis Peguam Malaysia itu disifatkan sebagai para peguam yang melanggar undang-undang negara. Mereka ini bukan sahaja melanggar undang-undang negara bahkan telah mencemar nama baik profesion Peguam dan mengotorkan peguam secara keseluruhannya.  

Sebagai badan yang terdiri daripada golongan pakar undang-undang seharusnya majlis itu menghalang pihak yang cuba menentang sistem perundangan negara.

Majlis Peguam Malaysia itu dijadikan kuda tunggangan pembangkang bukanlah perkara baru kerana kebanyakan kenyataan mereka sebelum ini berat sebelah dan kerap kali condong ke arah pembangkang seolah-olah mempunyai agenda peribadi.

Adalah lebih baik Majlis Peguam Malaysia membubarkan nama itu dan menukarkan kepada nama lain supaya tidak mencemarkan nama baik profesion peguam. Tukarlah kepada apa-apa nama, tetapi janganlah guna nama profesion profesional. 

1 komen:

  1. KALAU INI TIDAK DIKAWAL BAHAYA KEPADA NEGARA DAN SEMUA ASPEK..http://mykampong-hasdin.blogspot.com/2011/06/papan-tanda-kito.html

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger