Tuesday, June 28, 2011

HARAM 2.0: BERSIH 2.0 POPULARKAN NAMA S. AMBIGA




Ketika ini kecoh satu Malaysia bahawa Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 akan diadakan pada Julai nanti. Dalam meniupkan api kemarahan rakyat, BERSIH 2.0 juga telah mempromosikan Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 di luar negara.

Susulan dengan itu, nama S. Ambiga telah menjadi sangat terkenal dan boleh memenangi Pengerusi NGO’s paling popular ketika ini. Kepopularannya boleh mengalahkan Anwar Ibrahim yang ketika sibuk mencari jalan keluar dalam kes video seks dan menunggu hukuman kes liwatnya juga pada Julai ini.

Semenjak pengumuman rasmi Perhimpunan Haram BERSIH pada 19 Jun 2011, nama S. Ambiga sering menjadi perbualan ramai. Pengerusi penganjur Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 itu semakin bertambah popular apabila Utusan Malaysia telah memaparkan muka depan akhbar bertajuk ‘Siapa Sebenarnya Ambiga’. 

Susulan muka depan Utusan Malaysia, S. Ambiga telah menerima ugutan bunuh disebabkan keengganannya membatalkan Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 itu. Semalam, Ambiga bersama Ibrahim Ali telah dipanggil polis bagi memberikan keterangan berhubung penganjuran Perhimpunan Haram BERSIH 2.0. 

Keluar saja dari Balai Polis Dang Wangi, Ambiga telah ditanya wartawan berhubung kenyataan yang diberikan polis. Soalan wartawan juga menjurus kepada Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 sama ada diteruskan atau tidak? Dengan nada angkuh, S. Ambiga memberitahu Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 tetap diteruskan.

Begitulah angkuhnya seorang peguam yang kononnya mengetahui undang-undang, tetapi melanggarnya dengan rasa tidak bersalah. Selayaknya, S. Ambiga itu tidak layak memegang jawatan peguam. 

AMBIGA – Boleh juga diperincikan dengan lebih jelas dan detail, siapa sebenar Ambiga? 

A         -           Ayo

M         -           Ma

B         -           Bang

I           -           Ingin

G         -           Gosok

A         -           Anwar

Selepas ini, pemimpin yang paling popular boleh diberikan kepada S. AMBIGA. Tahniah Ambiga.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger