Friday, June 24, 2011

HARAM 2.0: KENAPA PERLU BERHIMPUN SECARA HARAM HANYA SEMATA-MATA MENGHANTAR MEMORENDUM?




Persoalan di sini bukannya tuntutan BERSIH 2.0, tetapi cara dan tingkahlaku menghantar memorendum itu SALAH. Kenapa perlu mengadakan Perhimpunan Haram hanya kerana mahu menghantar memorendum? Kenapa juga perlu menyalahi undang-undang bagi mengadakan perhimpunan secara haram?

Mengadakan Perhimpunan Haram dan perarakan tanpa kebenaran bukan sahaja salah di sisi undang-undang, tetapi juga menyusahkan rakyat. Apakah penganjur BERSIH 2.0 ini tidak memikirkan kesan ke atas rakyat dalam penganjuran Perhimpunan Haram ini?

Kenapa perlu membezakan Perhimpunan Haram dengan acara marathon, lumba basikal, dan pelbagai perarakan lain bagi membenarkan perhimpunan itu diadakan? Sebelum penganjuran sesuatu acara, jalan-jalan yang akan digunakan akan diberitahu kepada orang ramai terlebih dahulu dan disediakan jalan-jalan alternatif. Dan, acara itu telah mendapat kebenaran dan sah di sisi undag-undang.

Berbeza dengan BERSIH 2.0 yang bukan sahaja melanggar undang-undang bahkan dikategorikan sebagai HARAM 2.0.

Sebelum ini, polis telah mencadangkan kepada penganjur untuk mengadakan Perhimpunan Haram itu di stadium, tetapi ditolak atas alasan tidak akan mendapat sokongan rakyat dan seterusnya menyusahkan rakyat. Ini kerana perhimpunan Haram BERSIH 1.0 dahulu telah mencapai objektifnya dengan menyusahkan rakyat dan berjaya menghuru-harakan rakyat sehingga menyebabkan pemandu teksi dan peniaga mengalami kerugian. Bahkan industri pelancongan negara pada itu juga mengalami kemerosotan ekoran ketakutan pelancong datang ke Kuala Lumpur.

Menjadi kelaziman polis untuk menjaga keamanan dan keselamatan rakyat. Ekoran Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 ini tidak mendapat permit polis dan dikategorikan sebagi melanggar undang-undang, maka sewajarnya polis bertindak atas rasa tanggungjawab dan tugas.

Dalam sesuatu perjuangan mengenai isu Palestin, sewajarnya diadakan perhimpunan memandangkan tiada inisiatif terhadap meja rundingan antara Malaysia dengan Israel mahupun negara-negara Islam dan Israel. Berbeza dengan Perhimpunan Haram ini yang mendapat perhatian daripada SPR bagi mengadakan rundingan meja bulat. Bagaimanapun, rundingan ini telah ditolak secara mentah di pihak BERSIH sambil angkuh menyatakan bahawa pintu rundingan sudah ditutup.

Hakikatnya Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 itu sebenarnya mahu menggulingkan kerajaan dan masa yang sama mengalihkan pandangan daripada perbicaraan Anwar Ibrahim.

Andai benar S. Ambiga itu seorang pendokong keluhuran pelembagaan dan hak asasi manusia, beliau tidak akan bertekad mengadakan Perhimpunan Haram ini. Sebagai seorang peguam dan profesional, S. Ambiga seharusnya tahu dan menggunapakai saluran tertentu dan pengetahuannya dalam membaw perbincangan dan mengadakan rundinga. Bukannya mengadakan Perhimpunan Haram sehingga membawa kepada keganasan yang melampau seperti Perhimpunan Haram BERSIH terdahulu.

Apakah maksud ‘adil’ dan telus dalam pilihan raya di Malaysia pada kaca mata pembangkang? Pastinya, mahukan pilihan raya itu memihak kepada mereka. Bagaimana dengan Pilihan Raya Umum Ke-12 dahulu yang menyaksikan dalam sejarah pembangkang berjaya menawan 4 negeri dan menambah bilangan ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat.

Adalah menjadi sebahagian daripada nafsu pembangkang bahawa selagi tidak ke dapat ke Putrajaya, maka selagi itulah pilihan raya di Malaysia tidak adil. Tuntutan yang dikemukakan BERSIH 2.0 itu hanya sebagai ilustrasi sahaja, tetapi hakikatnya mereka ini mahu menumbangkan kerajaan secara jahat dan KOTOR. Sebelum ini, tidak pernah satu pun perhimpunan haram yang dianjurkan pembangkang berakhir dalam keadaan aman sebaliknya berakhir dengan KEGANASAN.

Itulah BERSIH 2.0 yang ternyata sekali KOTOR.

p/s: POS Laju Malaysia sedia menghantar memorendum BERSIH 2.0 terus ke Istana Negara tanpa perlu berhimpun

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger