Wednesday, June 22, 2011

HARAM 2.0: PAS JALINKAN KERJASAMA DENGAN PEGUAM YANG MEMBELA KES MURTAD




Atas sebab politik PAS sanggup menggadaikan maruah parti itu dengan menjalinkan kerjasama dengan peguam yang mengendalika kes murtad Lina Joy. Kaburnya mata pemimpin-pemimpin PAS demi mahukan kuasa politik.

Sebelum ini, kerjasama PAS bersama DAP telah mendapat banyak kritikan daripada masyarakat. Umum mengetahui, DAP yang merupakan sebuah parti politik yang rasis dengan menidakkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan gemar membangkitkan kemarahan orang-orang Melayu.

S. Ambiga yang juga penyokong kuat penubuhan Majlis Antara Agama (IFC), iaitu kumpulan menuntut hak sama rata antara Islam dan bukan Islam selain terlibat dalam kes murtad Lina Joy.
Kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani bahawa Perhimpunan Haram itu tidak menyalahi undang-undang negara adalah kenyataan seorang yang tidak tahu undang-undang negara lebih-lebih lagi Perhimpunan Haram itu tidak mendapat kelulusan daripada Polis dan Kementerian Dalam Negeri.

Terdahulu, Polis telah mencadangkan agar Perhimpunan Haram itu diadakan di stadium bagi mengelak sebarang kejadian buruk. Namun, mereka menolaknya atas alasan tidak ada suasana huru-hara.

Itulah politik. Sanggup mengenepikan sentimen perbezaan pendapat dan peranan asalkan misi dan visi adaah sama. Yang pasti, kerjasama itu membolehkan PAS tidak lagi memperjuangkan Islam mahupun Negara Berkebajikan, tetapi sebaliknya mahu berjuang demi mencapai matlamatnya untuk menjadi sebahagian kerajaan Pusat. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger