Tuesday, June 28, 2011

HARAM 2.0: PEMUDA SAPP JANGAN JADI PAK TURUT ANWAR IBRAHIM




 
Tindakan Pemuda SAPP menyokong Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 dilihat sebagai sesuatu yang menjadi tradisi pembangkang. Perkara ini bukan saja berlaku di Sabah bahkan juga di Sarawak. Sedangkan ‘mastermind’ sebenarnya adalah Anwar Ibrahim. Jadi, pembangkang kat Sabah dan Sarawak ni semuanya ‘pak turut’ dan ‘pak sanggup’ Anwar Ibrahim.

Seperti juga di Sarawak, Pakatan Pembangkang seperti PKR, DAP dan PAS juga menjadi Pak Turut Anwar Ibrahim dengan menyokong Perhimpunan Haram ini. Malah yang menjadi kekesalan di Sarawak, pembangkang memaksa rakyat Sarawak pergi ke Perhimpunan Haram itu dengan menggunakan duit sendiri. Sesiapa yang tidak mengikuti arahan ini dianggap menderhaka kepada parti.

Bagaimanapun, tidak semua rakyat Sarawak yang menyokong pembangkang terpengaruh dan terikut dengan arahan pembangkang ini yang cuba mendapatkan sokongan politik demi kepentingan sendiri. 

Justeru, rakyat Sabah terutama ahli-ahli Pemuda SAPP tidak terpengaruh dengan saranan dan sokongan Ketua Pemuda SAPP yang menyokong Perhimpunan Haram itu. Alasan Perhimpunan Haram itu adalah tidak wajar sebaliknya mempunyai agenda tertentu demi mencapai cita-cita politik sempit pembangkang.

1 komen:

  1. Yang jelas nanti mereka ini (SAPP) seperti Pak Pandir..Menang sorak kampung tergadai.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger