Thursday, June 30, 2011

HARAM 2.0: PERHIMPUNAN HARAM 2.0 DIBIAYAI GUNA WANG HARAM DAN BELI SENJATA API



 
Selama ini rakyat Malaysia tidak mengetahui di manakah Anwar Ibrahim mendapatkan wang yang banyak bagi membiayai perbelanjaan PKR dalam Pilihan Raya Kecil dan Pilihan Raya DUN Sarawak Ke-10. 

Persoalan ini akhirnya terbongkar apabila bekas rakan karib Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas Padang Serai, N. Gobalakrishnan mendedahkan Anwar Ibrahim terlibat dalam aktiviti pengubahan dan pengaliran wang haram bernilai RM888 bilion.

Setelah beberapa tahun berjaya menyembunyikan maklumat rahsia ini, akhirnya Anwar Ibrahim telah didakwa melakukan aktiviti penggubahan wang haram ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dengan mencetak RM13.2 bilion wang dalam bentuk wang kertas RM500 dan RM1,000. 

Wang itu adalah yang dilaporkan Integriti Kewangan Global (GFI) dan digunakan oleh Anwar sehingga kini untuk menaja aktiviti parti, termasuk membeli senjata api.

RM888 bilion ini adalah rentetan sistem kronisme dan nepotisme dibawa Permatang Pauh. Satu dunia tahu wang haram ini digunakan untuk menjatuhkan Timbalan Perdana Menteri (Allahyarham Tun Ghafar Baba) suatu ketika dulu. 

Banyak beg wang dibawa keluar dari Malaysia ke Indonesia melalui jet peribadi milik dua individu kepunyaan syarikat judi di negara ini.

Dan, berkemungkinan wang haram itu juga digunakan untuk membiayai Perhimpunan Haram 2.0 bagi mencetak baju-T, banner, banting, pengangkutan dan memberi makan minum semasa perhimpunan haram itu diadakan nanti. 

Malah, menurut N Gobalakrishnan lagi berkemungkinan besar juga wang haram itu digunakan Anwar Ibrahim bagi menyedia dan membekalkan senjata untuk pengganas. 

Selain Anwar, Azmin Ali juga turut terlibat dengan aktiviti mengumpul wang secara haram membabitkan nilai RM100 juta.

Untuk lebih lanjut, baca entri ini bharian

1 komen:

  1. buat laporan polis dengan bukti... then tahan anuar dlm ISA smpai mampos

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger