Monday, June 27, 2011

HARAM 2.0: PERHIMPUNAN HARAM BERSIH MAHU HIDUPKAN SEMULA KOMUNIS?





 
Apakah benar Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 itu didalangi komunis? Apakah BERSIH 2.0 itu mahu menghidupkan Komunis?

Terbaru, polis telah mengesan gerakan terancang pihak tertentu didakwa cuba menghidupkan semula fahaman komunis bagi tujuan menjatuhkan kerajaan melalui Perhimpunan Haram BERSIH.

Difahamkan gerakan itu sedang giat menyebarkan propaganda anti kerajaan termasuk melalui risalah yang secara terang-terangan menghasut rakyat menggulingkan pemerintah seperti berlaku di negara-negara Asia Barat.

Maklumat itu diperoleh hasil siasatan terhadap 31 penyokong Bersih diketuai Ahli Parlimen Sungai Siput yang juga pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr. Jeyakumar Devaraj yang ditahan semalam.

Selain membawa beribu-ribu risalah berunsur anti kerajaan, kumpulan itu juga membawa baju-T tertera gambar pemimpin komunis yang diangkat sebagai ‘kesatria’ termasuk pemimpin gerila komunis Cuba, Che Guavera dan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) seperti Chin Peng, Rashid Maidin, Abdullah CD dan Suriani Abdullah.

Berdasarkan isi kandungan risalah, tulisan nama pemimpin PKM di bahagian belakang baju T, polis percaya kumpulan itu ada membawa unsur-unsur untuk menghidupkan semula fahaman komunis yang haram dari sudut undang-undang.

Ini sesuatu yang serius kerana kempen Bersih itu nampaknya dimasukkan unsur-unsur seolah-olah untuk hidupkan semula fahaman komunis, bukannya semata-mata menuntut pilihan raya bersih

Semalam, Jeyakumar bersama 30 lagi individu dipercayai penyokong Bersih ditahan ketika menaiki sebuah bas di Plaza Tol Sungai Dua, di sini.

Kumpulan itu ditahan kira-kira pukul 3.40 petang ketika menaiki bas pesiaran yang dipercayai dalam perjalanan dari Sungai Petani ke Pulau Pinang bagi mempromosikan perhimpunan tersebut.

Polis telah merampas 28 helai baju T tertera wajah pemimpin komunis, 15 batang bendera logo PSM, 5,000 risalah ‘Udahlah tu..Bersaralah’, 600 risalah perhimpunan Bersih, 1,500 risalah PSM dan dua banner tertulis ‘Udahlah tu, Cukup 54 Tahun, Bersaralah’. Turut dirampas dalam bas berkenaan adalah dua alat pembesar suara dan mikrofon.

Pada sidang akhbar itu, turut membacakan salah satu ayat dalam risalah milik kumpulan berkenaan dipercayai mempunyai kaitan dengan perhimpunan Bersih yang berbunyi:

“Kalau rakyat Marhaen di negara-negara Arab dapat menjatuhkan rejim-rejim kuku besi yang berdekad-dekad lama memerintah, tidak mustahil rakyat Malaysia menuntut perubahan politik di tanah air kita. Pemerintahan satu parti. Masa untuk perubahan”.

Tindak-tanduk kumpulan berkenaan jelas merupakan satu ancaman kepada keselamatan negara apatah lagi melibatkan sebuah pertubuhan yang diharamkan oleh undang-undang.

Katanya, kesemua yang ditahan berusia 16 hingga 64 tahun dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 122 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak lebih 20 tahun atau denda.

4 komen:

  1. komunis satu dunia dh nk mampos,yg hangpa dok crita ada org ni hidupkn PKM,hangpa ni crita apa?Blok komunis satu2 tumbang di seluruh dunia yg hangpa cerita ada org nk hidupkn PKM.bro,ini era baru le bro.jgn nk klentong org hari2

    ReplyDelete
  2. Tanpa Nama. Komunis ni adalah ideologi seperti juga demokrasi. Boleh dihidupkan semula walaupun telah mati.

    Kat dunia ni idealogi Komunis masih lagi melekat kat beberapa negara di dunia seperti China dan Korea Utara.

    Saya rasa Tanpa Nama ni tak hafal sejarah dan tak tahu sejarah.

    Bro, bacalah buku sejarah.

    ReplyDelete
  3. Perkara ini yang kita bimbangi...harus disekat Perhimpunan Haram Ini untuk mengelakkan pihak yang bertanggungjawab mengambil kesempatan..kita sayang negara

    ReplyDelete
  4. rasa diri tu da layak sangat ke nak memimpin negara nak hidupkan komunis kononnya....bersyukurlah kite ada pemimpin yang berwibawa kekalkanlah keamanan negara kite ...jangan tamak sangat...kita 1 malaysia...tolong hentikan perhimpunan tersebut jangan membazirkan masa anda....

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger