Wednesday, June 29, 2011

HARAM 2.0: POLIS BUKTIKAN AMARAN TEGAS DENGAN SERBU PEJABAT BERSIH





Dalam mengekang pergerakan Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 yang didalangi Pakatan Pembangkang, Polis hari ini telah menyerbu Pejabat komuniti Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di Seksyen 4 oleh sepasukan 15 anggota dan pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Pejabat yang berselindung di sebalik sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu telah diserbu pukul 12.00 tengah hari tadi. 

Ini merupakan tindakan tegas polis selepas menahan beberapa orang pemimpin politik pembangkang dan ahli-ahli pembangkang yang dikatakan mempunyai hubungan dengan komunis. 

Sebelum ini, polis telah memberikan amaran bahawa polis akan menjalankan tugas dalam mengekang Perhimpunan Haram BERSIh 2.0 dengan menahan sesiapa saja yang disyaki melanggar undang-undang negara. Tindakan pembangkang yang menganjurkan Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 tanpa permit seolah-olah mencabar undang-undang negara.

Sikap sesetangah pemimpin Islam PAS dan PKR yang lebih mengutamakan kepentingan politik berbanding perpaduan ummah dan keamanan sejagat merupakan sesuatu yang memalukan umat Islam. Berkopiah dan bertudung litup, tetapi menyokong keganasan dengan mengadakan perhimpunan haram. 

 
Ingkar kepada arahan pihak berkuasa yang bertanggungjawab menjaga keamanan, seolah-olah mengingkari arahan pemimpin negara yang telah diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah. 

Untuk itu, rakyat yang sentiasa mengutuk perhimpunan haram ini yang ternyata mahu menghancurkan umat Islam dan meruntuhkan perpaduan masyarakat majmuk di Malaysia. 

Tegakkan undang-undang demi keselamatan rakyat dan jangan biarkan undang-undang dijadikan tempat sepak terajang pembangkang yang ternyata rakus mahu mendapatkan kuasa walaupun dengan cara yang haram.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger