Wednesday, June 29, 2011

HARAM 2.0: S. AMBIGA DAN HISHAMUDIN RAIS JADI KUDA TUNGGANGAN PEMBANGKANG






Benarkah Anwar Ibrahim mempergunakan S. Ambiga dan Hishamudin Rais sebagai tunggangan dalam Perhimpunan Haram BERSIH 2.0? Apakah rasionalnya Anwar Ibrahim mempergunakan mereka dalam perhimpunan haram itu?

1. Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) hanya pada nama sahaja, secara jelas merupakan gerakan pembangkang bagi menumbangkan kerajaan melalui perhimpunan haram dan keadaan huru-hara.

2. Pemimpin Pakatan Pembangkang mempunyai hubungan dengan Perhimpunan Haram BERSIH berikutan penglibatan ramai pemimpin pembangkang daripada PKR, PAS dan DAP sebagai ahli jawatankuasanya.

3. Pakatan Pembangkang menggunakan S. Ambiga sebagai Pengerusi BERSIH 2.0 bagi mengaburi mata rakyat. 

4. Kemerosotan sokongan rakyat terhadap Pakatan Pembangkang telah merisaukan dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 dan terdesak menganjurkan Perhimpunan Haram BERSIH bagi menumbangkan pemerintah.

5. Pakatan Pembangkang juga menggunakan Hishamuddin Rais yang merupakan bekas tahanan ISA dan lari ke luar negara sebagai perancang utama Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 dan membantu mencari jalan mengeluarkan Anwar Ibrahim daripada dakwaan kes liwat dan skandal video seksnya.

6. Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 didalangi PKR seperti dalam surat pekeliling yang ditandatangani Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution bagi mengarahkan ahli parti itu menyertainya.

Rakyat Malaysia renungilah sendiri bagaimana Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 ini di dalangi Pakatan Pembangkang yang kononnya mendukung demokrasi.

1 komen:

  1. Sebagai rakyat..kita hanya mampu menilai dari jauh..kita jangan di kuda sesiapapun.Bagi saya biar pihak berkuasa yang menghadapi perhimpunan bersih...sebagai rakyat cintakan keamanan kita sokong kerajaan dengan suara saja..jgn berhimpun seperti bersih kelak berlaku kekacauaan yg tak diingini.....

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger