Sunday, June 26, 2011

HARAM 2.0: SIAPA S. AMBIGA?



  Kebiadapan S. Ambiga

S. Ambiga merupakan bekas Presiden Majlis Peguam yang tidak takut untuk menentang kerajaan dan merupakan pencetus kepada Perhimpunan Haram BERSIH 2.0. 

Ramai pihak berpendapat orang Melayu harus melihat kembali sejarah tindak tanduk Ambiga yang pernah menimbulkan kemarahan umat Islam terutamanya orang Melayu di negara ini sebelum secara membuta tuli mengikut kehendak dan telunjuknya.

Pertama, beliau adalah orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001. Majlis Peguam telah menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam kes Lina Joy yang murtad, Ambiga telah mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam.

 Bersekongkol dengan Amerika Syarikat
S. Ambga juga turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang membincangkan dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan daripada orang Islam, namun Majlis Peguam yang diterajui oleh Ambiga tetap meneruskan forum tersebut.

Tindak tanduk Ambiga memperlihatkan dirinya sebagai seorang yang tidak menghormati undang-undang dan perlembagaan.

Dengan matlamat penganjuran Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 itu melanggari undang-undang, S. Ambiga sebenarnya mempunyai tujuan lain yang lebih tersirat. Dengan tujuan mengajak ‘orang-orang Melayu’ untuk menyertai Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 ini ternyata beliau sebenarnya mahukan orang-orang Melayu berpecah belah dan secara langsung Islam semakin lemah.

Berselindung di sebalik NGO’s, Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 ini juga dilakukan berlandaskan kepentingan politik. PAS dan PKR dilihat menjadi dalang kepada pembabitan golongan melayu untuk menyertai Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 ini. Kenapa perlu libatkan NGO’s dan tidak terus kepada parti politik? Semestinya, golongan yang terlibat dalam Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 ini tidak layak dan tidak patut menjadi pemimpin termasuk S. Ambiga.

Lebih baik buat tunjuk perasaan sebagai parti politik dan bukan NGO. Jadi orang akan faham maksud dan matlamat mereka (pemimpin politik) terutama orang awam tentang kacau bilau dalam parti seperti PKR yang tidak bersih, DAP yang selalu bermaharajalela atau autokratik dan PAS yang tidak mengikut atau sudah lari daripada perjuangan asal mereka.

Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 ini adalah bersifat politik yang diterajui Pakatan Pembangkang dan menggunakan NGO’s sebagai mengaburi rakyat Malaysia.

1 komen:

  1. Bergitulah perangai Manusia yang tak sedarkan diri..bila dah perabis duit kerajaan untuk belajar tinggi-tinggi lawan kerajaan balik..yang lawan kerajaan selalunya orang yang lawan kerajaan ni mereka yang belajar tajaan kerajaan.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger