Tuesday, June 21, 2011

HARAM 2.0: SOKONG PERHIMPUNAN HARAM KHALID IBRAHIM DIGESA LETAK JAWATAN





Dikala kesemua Menteri Besar dan Ketua Menteri di beberapa negeri di Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya Perhimpunan Haram BERSIH kecuali Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah, Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim sebaliknya menyokong Perhimpunan Haram itu. Sokongan Menteri Besar Selangor itu membuktikan kepimpinannya bukan menjaga rakyat, tetapi menghancurkan rakyat. Seharusnya Khalid Ibrahim itu meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor kerana telah mencemar nama Selangor dan rakyat Selangor.

Apakah Khalid Ibrahim tidak belajar dari sejarah atau memang tidak tahu sejarah? Apakah dengan menyatakan sokongan terhadap Perhimpunan Haram itu dan mengadakan Perhimpunan Haram itu akan dapat menyelesaikan masalah. Apakah Khalid Ibrahim tidak melihat apa yang berlaku ke atas negara-negara Asia Barat seperti Syria, Mesir, Tunisia dan beberapa lagi negara lain yang hancur disebabkan tindakan sempit mereka yang kononnya menyokong demokrasi?

Bagaimana Khalid Ibrahim boleh melihat Perhimpunan Haram itu sebagai saluran untuk menyatakan pandangan terhadap kerajaan secara terbuka? Kenapa tidak menggunakan saluran di Dewan Rakyat bagi membahaskan tuntutan itu atau mengadakan pertemuan kepada SPR? Difahamkan SPR sudahpun menjemput BERSIH untuk berbincang, tetapi mereka enggan. Sememangnya mereka ini mahu mengadakan Perhimpunan Haram bagi menghancurkan rakyat Malaysia.

Pihak berkuasa keselamatan berhak memberikan amaran dan menyekat Perhimpunan Haram ini kerana ia menganggu rakyat. Menjadi tanggungjawab polis untuk menjaga keselamatan rakyat daripada sebarang ancaman termasuklah mereka-mereka yang cuba mengancam keselamatan rakyat dan negara. Desakan Khalid bahawa tindakan polis menyekat Perhimpunan Haram itu akan mengundang lebih banyak rasa tidak puas hati terhadap kerajaan adalah tidak timbul. Ini kerana BERSIH dan Pakatan Pembangkang telahpun mencetuskan perasaan benci kepada kerajaan kerana mengadakan Perhimpunan Haram itu. Malah tidak kurang pula rakyat menyatakan perasaan marahnya kepada BERSIH dan Pakatan Pembangkang kerana mengadakan Perhimpunan Haram itu.  

Penyamakan demokrasi seperti mengadakan Perhimpunan Haram adalah tanggapan mereka yang terdesak. Umum mengetahui sokongan rakyat ke atas kerajaan semakin meningkat berdasarkan semangat 1Malaysia dan dalam masa yang sama sokongan ke atas Pakatan Pembangkang semakin menurun. Trend ini yang sebenarnya ditakuti mereka terutama dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. Justeru, untuk mengembalikan sokongan rakyat, mereka bertekad mengadakan Perhimpunan Haram ini.

Kenapa perlu mengadakan demokrasi di kala negara kita kini berada dalam situasi aman? Kenapa perlu menyamakan Malaysia dengan Indonesia dalam mengadakan demontrasi? Melihat kepada keamanan dan sosioekonomi, Malaysia lebih ke hadapan berbanding Indonesia. Melihat kepada kemajuan, Malaysia lebih terurus berbanding Malaysia. Justeru, kenapa perlu mengikuti cara Indonesia sedangkan cara Malaysia sudah terbukti baik.


Ternyata Khalid Ibrahim sememangnya mempunyai pemikiran cetek berbeza dengan ketinggian songkok yang dipakainya. Sebaik-baiknya Khalid tidak payah pakai songkok kerana telah memalukan nama Melayu. Tiada pernah orang Melayu yang pernah melanggar dan mempertikai Perlembagaan Malaysia kecuali Khalid Ibrahim dan Anwar Ibrahim dengan menyokong Perhimpunan Haram. Malaysia sudah mempunyai 6 orang Perdana Menteri, tiada seorang pun menyokong Perhimpunan Haram.

Sangkaan Khalid Ibrahim bahawa peserta Perhimpunan Haram tidak akan merosakkan harta benda awam dan menganggu rakyat adalah sangkaan bodoh. Apakah jaminan Khalid bahawa tidak akan berlakunya kerosakan harta benda awam? Umum mengetahui setiap kali Perhimpunan Haram yang dianjurkan Pakatan Pembangkang pastinya akan melakukan kerosakan.

Ambillah iktibar daripada perjuangan Tun Abdul Rahman yang mengambil pendekatan mengadakan rundingan dan dialog bersama pihak Inggeris dalam menuntut kemerdekaan. Impaknya, Malaysia diberikan kemerdekaan. Bagaimana sekiranya diadakan Perhimpunan Haram bagi tujuan mencapai kemerdekaan. Pastinya sampai ke hari ini Malaysia tidak akan mencapai kemerdekaan. Sejarah sudah membuktikan semuanya ini benar dan menidakkan apa yang Khalid Ibrahim nyatakan itu salah.

Jelaslah bahawa Khalid ini adalah contoh Menteri Besar yang berusaha menghancurkan rakyat Malaysia seperti mana yang telah dilakukan oleh ‘bosnya’ Anwar Ibrahim. Selayaknya Khalid Ibrahim meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor kerana telah memalukan nama Selangor di seluruh dunia.


Seperti kata Karpal Singh kepada Anwar Ibrahim (dalam intonasi Karpal): Khalid Ibrahim seharusnya meletak jawatan dan bertaubat!

2 komen:

  1. Syabas penulis ada kebenarannya pandangan anda itu.Saya pun berfikiran demikian..oleh itu sama2lah kita berjuang dalam ruangan ini..demi Malaysia tercinta.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih yusufaili. Semua ini demi agama, bangsa dan tanahair yang tercinta ini.

    Tiada manusia yang sanggup duduk di negara yang kacau bilau kecuali pembangkang.

    Teruskan perjuangan semua.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger