Thursday, June 23, 2011

HARAM 2.0: TARIK GELARAN DAN PINGAT S. AMBIGA DAN ANWAR IBRAHIM


Sekadar Hiasan

Setiap gelaran tertentu berdasarkan darjah kebesaran adalah berdasarkan sumbangan dan jasa seseorang kepada negara. Penganugerahan gelaran dan pingat ini merupakan contoh dan teladan penerima itu terhadap masyarakat. Bagaimana sekiranya penerima anugerah atau gelaran itu membuat perkara yang memalukan dan menyalahi undang-undang negara?

Berdasarkan pengalaman-pengalaman penerima anugerah atau gelaran sebelum ini, pemerintah tertinggi di peringkat negeri berhak menarik balik gelaran atau anugerah itu.

Berasaskan kepada itu, Pengerusi BERSIH, ‘Datuk’ S.Ambiga perlu dilucutkan anugerah dan gelaran yang diterimanya sebelum ini yang bergelar ‘Datuk’. Gelaran ‘Datuk’ yang diterima S. Ambiga telah diterima daripada Sultan Perak sewaktu beliau menjawat jawatan Presiden Majlis Peguam Malaysia.

S. Ambiga tidak layak untuk terus memakai darjah kebesaran berkenaan atas tindakannya cuba menghasut rakyat menyokong budaya perhimpunan haram di negara ini dan tidak menghormati undang-undang negara.

Sebagai seorang penerima darjah kebesaran, kita melihat ia bukan hanya diukur melalui sumbangan seseorang penerima semata-mata sebaliknya ia turut melibatkan peribadi, tanggungjawab mereka kepada negara, rakyat termasuk menegakkan undang-undang yang telah termaktub di negara ini.

Sebelum ini, ramai individu yang mempunyai gelaran ‘Datuk’ ini terlibat dalam banyak Perhimpunan Haram, tetapi tidak diambil sebarang tindakan terhadap gelaran yang dibawanya. Ini membuatkan rakyat berasa sangsi terhadap individu penerima gelaran itu yang membuat perkara yang tidak baik terhadap negara.

Selain S. Ambiga, Anwar Ibrahim perlu juga dilucutkan gelaran dan anugerahnya kerana sikapnya yang menentang kerajaan secara tidak bernas dan menggunakan cara kotor. Dengan perbuatannya dalam liwat dan seks bebas menguatkan lagi Anwar selayaknya dilucutkan gelaran ‘Datuk Seri’ sejak dahulu lagi.

Anwar Ibrahim juga digesa membersihkan namanya sebagai peliwat dan pengamal seks bebas sekiranya sebelum menyertai Perhimpunan Haram itu yang sebenarnya didalanginya sebagai Ketua Pembangkang.

3 komen:

  1. Sepatutnya dah lama dah CIFUT BABI ALJUBURI ni patut dilucutkan dari gelaran yang diberikan kepadanya, menyingkap balik..apa kah jasanye kepada agama bangsa dan negara? Mengharu biru kan negara, perasuah yang paling besar, meliwat, penipu, pembohong besar, penzina... ini kah orang yang patut di gelar Dato Seri? Sepatutnye semua mereka yang telah di penjarakan atau bekas banduan jika ada gelaran mesti di tarik balik.. Majlis Raja Raja mesti melihat perkara ini agar penganugerahan darjah kebesaran tidak di hormati lagi.

    ReplyDelete
  2. Salam bro. Memang dah tiba masanya gelaran ditarik balik.

    ReplyDelete
  3. kamu smua patutny pd diri kamu,sape kamu?Raja Muda Perak ada bertitah,pemberia drjh kebesaran negeri adalh hak exclusif raja2 melayu,pihak istana yg memberi,biar pihak istana yg menentukn ny.jd jgn dok mnyibuk hal istana.hangpa ni tk mmbaca lg kot masa umno mngganyang raja2 mlayu di awal tahun 90an.krabat diraja Pahang dicaci se mahu2ny oleh umno.ingt lg Tgku Wong.Sultan Kelantan dikatakn mlarikn kreta lamborghini diablo sblum mmbyar cukai.tiba2 puak yg sama pulak beria mempertahankn institusi raja.apa crita ni?

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger