Tuesday, June 21, 2011

HARAM 2.0: ZULKIFLI DEDAHKAN YUSUF AL-QARADAWI PUN DITIPU ANWAR




Percaya atau Tidak, Anwar Ibrahim sanggup melakukan apa sahaja, APA SAHAJA demi untuk mengalih perhatian kes liwatnya ketika itu termasuk mempergunakan Zulkifli Nordin dan Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi dalam mengeluarkan fatwa bagi menyokong ketua pembangkang dalam kes liwat.

Semua ini telah dirancang dengan baik dan penuh muslihat bagi menggambarkan pertuduhan liwat adalah fitnah ke atas diri Anwar Ibrahim. Ini katanya, masyarakat Melayu sangat mempercayai golongan ulama dan setiap tutur kata ulama adalah benar sehingga menyebabkan rakyat sering terpedaya dengan kata-kata ulama. Oleh itu, Anwar telah mempergunakan kesempatan ini untuk menyelamatkan dirinya dengan mempergunakan golongan ulama yang terkenal seperti Prof Dr Yusuf Al-Qaradawi.


“Kita memang memperdaya Dr. Yusuf supaya mempercayai (bahawa) Anwar ini difitnah. Kita atur supaya keluar daripada mulut beliau pasal benda itu (untuk) dirakam. Kita nak (dengar) dari mulut Dr. Yusuf, ini fitnah, ini qazaf. Kita nak (yang) itu.

“Saya selaku peguam diarah mainkan peranan beri gambaran kepada Dr. Yusuf bahawa ini fitnah. Macam tahun 1998. Memanglah, sebagai ulama yang diberi maklumat macam itu, pasti dia akan kata fitnah dan qazaf. Apa yang kita rancang itu menjadi.

“Kita tidak beri gambaran sebenar, iaitu Mohd. Mohd. Saiful Bukhari Azlan ini kakitangan dia, mengadu diliwat Anwar. Kita tidak beritahu ada DNA (asid deoksiribonukleik), kita tak pernah beritahu semua itu,” katanya.

Setelah beberapa tahun terlibat dalam kegiatan ini, Zulkifli Nordin akhirnya telah insaf dan berasa cukup berdosa bukan sahaja kepada Dr. Yusuf, tetapi juga kepada masyarakat keseluruhannya kerana Anwar sering kali memperalatkan fatwa tersebut bagi membuktikan dia tidak bersalah.


Zulkifli menambah, beliau bertindak demikian pada waktu itu kerana taksub, sehingga akur kepada setiap arahan Anwar, tetapi kini bersyukur kerana Allah masih memberi kesempatan kepadanya berjumpa orang tertentu bagi memohon maaf.

Sudah jelaslah bahawa Perhimpunan Haram itu bukan matlamatnya untuk membersihkan pilihan raya sebaliknya mahu ‘membela’ bos mereka Anwar Ibrahim daripada dijatuhi hukuman pada perbicaraan kes liwatnya dan kes terbaru video seks Anwar Ibrahim bersama China Doll yang dilanggannya pada Februari 2011 lepas. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger